Siapapun yang cuba berjuang kerana rasa tidak puas hati pasti digelar (PENGGANAS). Itulah satu-satunya Istilah yang diguna pakai oleh Negara Barat amat paling berkesan hingga tiada-daya upaya
siapapun menghalangnya,....malah mendapat sokongan hampir semua negara di dunia. Bermula dengan musnahnya TWIN TOWER hingga ke hari ini ISTILAH PENGGANAS cukup berkesan.
Betulkah semua yang terjadi hari ini angkara PENGGANAS......jika YA, siapakah bapa kepada
semua PENGGANAS....? Tidak akan ada anak kalau tiada bapanya. Cari bapa Pengganas yang
sebenar...? Selagi bapanya masih ada, selagi itu ada pengganas.....? AMERICA kan NO ONE..... takkan pengganas yang kecil-kecil pun tak dapat cari.....? Dahlah teknologi AMERICA paling canggih di duniapun tak dapat nak bendung pengganas. Mesti ada yang tak betul ni.......?
Apakah bedzanya PENGGANAS dan KEZALIMAN......yang manakah lebih dahsyat....? Bagi saya
kedua-duanya menyumbang ke arah kemusnahan dunia dan kehidupan. Tidak semestinya pengganas
itu kejam, yang lebih kejam manusia yang menganjur atau menimbulkan puncanya. Puncanya lah yang harus diperangi habis-habisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan