Ahad, 28 Disember 2014

DELIMA HIDUP MANSOR

Dalam usia yang masih mentah, Mansor sudah dapat membayangkan kehidupan 10 tahun ke hadapan dengan satu gambaran yang jelas dalam pandangan matanya, (gambar hanya HIASAN).


namun orang lain tidak bisa nampak......
dan banyak peristewa itu ternyata benar selepas beberapa tahun telah pun berlalu.  Merekapun dikalangan keluarganya mula percaya pada Mansor.  Sejak itu nama Mansor mula dikenali, bagaimanapun,  malang bagi Mansor, kerana banyak lagi yang lain belum sempat diketahui oleh
keluarganya datuk dan neneknya pun telah meninggal.

Sebenarnya, Mansor boleh melihat Alam Ghaib, malah berbicara dengan makhluk-makhluk ghaib....
dan yang lebih istimewa, caranya berbicara seperti dalam bahasa Arab.......namun bukan bahasa Arab.

Apabila orang lain tanya, itu bahasa apa?  jawab Mansor itu hanya kalimah Allah.....namun Mansor tidak akan menyatakan dengan siapa sebenarnya Mansor bercakap.  Kata Mansor itu adalah rahsia
Allah.  Perkara inilah yang menyebabkan, keluarga Mansor keliru dan mula menaruh was-was terhadap Mansor.  Kehidupan Mansor selepas itu jauh berubah, lantaran telah diabaikan oleh keluarga, demikian juga anak-anak dan isterinya.  Mansor hidup dalam delima, kerana tiada lagi tempatnya mengadu.  Namun Mansor cukup gembira, kerana semua yang berlaku itu terlebih dahulu Mansor sudah tahu.  Allah memberitahu pada Mansor, akan segalanya dalam pengabdian kepada ALLAH hingga mendapat Hidayah.

Mansor telahpun diberitahu akan kehilangan segala yang Mansor ada, jika Mansor yakin dan terus
yakin dengan Perintah Allah.  Pada awal Mansor memperolehi Hidayah Allah ini, Mansor seperti
tidak percaya akan kehilangan apa yang Mansor miliki.  Tapi kini ternyata semuanya benar....kerana
apa juga yang Mansor cuba terangkan tidak dipercayainya oleh semua kaum keluarganya.  Biarpun,
selepas beberapa kejadian ternyata semuanya benar.  Apa yang keluarga Mansor fikir, semua itu
secara kebetulan sahaja.

Mansor hidup sendirian dan berfikir secara sendirian, hinggalah saya menemuinya dan menceritakan
segala apa yang sebenarnya berlaku.  Saya kagum dengan Mansor, walaupun Mansor seperti terabai
Mansor masih begitu berani menyatakan bahawa dirinya tetap benar.  Jika orang lain mungkin akan mengalah, asalkan sahaja boleh diterima semula.  Lalu orang seperti begini akan terus terhina dan
terperdaya hingga tiada kuasa lagi bercakap.

Perkara seperti beginilah Mansor amat takuti, kerana ini banyak terjadi dikalangan pemimpin yang dulunya kuat menjadi lemah dan tidak berdaya (jadi pak turut).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan