Selasa, 2 Disember 2014

BETULKAH PEREMPUAN RAMAI DARI LELAKI?

Diperkatakan bahawa perempuan ramai dari lelaki.  Samaada benar atau tidak, itu bukan cerita yang utama.  Bagi akal penulis, yang mungkin tidak berakal (tidak pandai menggunakan akal).  Ramainya perempuan hari ini atau akan datang, itu kerana kebanyakan perempuan hari ini mampu melakukan tugas para kaum lelaki.

Perempuan bagi penulis cukup "SMART".  Dalam menjalankan tugas mereka jujur dan ikhlas......
sementara lelaki pula disebaliknya.  Sebab itu perempuan selalu mendapat tempat dalam apa juga
kekosongan jawatan yang ditawarkan.  Apa tak lagi.....perempuan hari ini memiliki segala ilmu yang
dimiliki oleh lelaki.  Hampir semua jawatan telah mampu dipegang oleh perempuan.

Dalam menuntut ilmu, perempuan hari ini lebih cerdik, rajin dan bersungguh-sungguh.  Lelaki pula asyik ponteng, malas dan "ENJOY".  Nak salahkan siapa...? penulis juga lelaki dan punya anak lelaki, nak kata apa.........semua kita kena jawab sendiri..?.  Memang bukan semua.....tapi inilah
puncanya kenapa perempuan kelihatan ramai dari lelaki.  Mungkin juga lelaki sudah jadi "SURI
RUMAH".  Sebab itu tak nampak muka!

Sana-sini kita jalan jumpa perempuan lebih ramai dari lelaki.  Masuk dekat Pasar Raya, sana-sini
perempuan.  Masuk dekat kilang, sana sini perempuan.  Pergi Lapangan Terbang, sana-sini perempuan.  Masuk IPTA, sana-sini perempuan.  Mana perginya lelaki.  Ada tapi tak ramai.

Betulkah perempuan itu ramai dari lelaki....?  Cuma satu dalam dunia ini perempuan belum cuba
memohon jawatan itu.  PRESIDENT OF AMERICA or GENERAL SECRETARY OF UNITED NATION.

Layakkah perempuan menduduki jawatan itu.  Tidak mustahil!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan