Inilah waktunya menyiap bekal, selagi ingatan kamu masih terang dan tenaga kamu masih kuat. Wahai tuan-tuan yang sudah berumur 50 tahun, sudah dekat masa mengutip hasil. Wahai tuan-tuan yang sudah berumur 60 tahun, kamu lupakah seksa dan lalai memberikan jawapan, sedangkan nanti tidak ada lagi yang akan menolong kamu". Demikianlah
Malakulmaut itu setiap hari mengingatkan bani Adam. Sambil Allah berfirman yang maksudnya:
"Bukankah kami telah memanjangkan umur kamu untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) telah datang kepada kamu yang mengingatkan..?" (Surah Fatir : 37).
Kehidupan memang amat seronok, apalagi dalam dunia hari ini, yang serba-serbi ada dan mudah,
sedangkan pada zaman dahulu-kala pun, manusia amat seronok untuk hidup,,,,,,kerana kehidupan
pada masa itu penuh cabaran namun penuh misteri. Bagi saya kehidupan merupakan kesejetheraan,
oleh kerana itu saya amat gembira, jika di antara kita saling hormat menghormati dan sayang
menyayangi. Tegur-menegur dengan kebaikan dan kesabaran. Sesakit sepenanggungan, sepedih
sependeritaan. Bahkata orang tua-tua, cubit paha kiri, terasa pada paha kanan.
Hakikat kehidupan di dunia hari ini (tanpa sempadan) memang terasa ada sedikit kesukaran, kerana
itulah realiti kehidupan di bumi ALLAH. Makanan itulah keperluan utama dalam kehidupan bersama AIR. Namun kerana sikap "GELOJOH", ...AIR dan MAKANAN kita hari ini terlalu banyak
pencemaran. Akibatnya datanglah pelbagai penyakit yang menyakitkan (menyeksakan). Faktor utama, kerana tiada kecukupan. Maka kita mengambil pendekatan menggiatkan perusahaan tanpa
memikirkan kesan-kesan sampingan yang mendatang.
Bahan Kimia yang keterlaluan, juga ubat-ubatan yang moden.......banyak menyumbang kearah
sumber pemakanan yang tidak sihat. Contoh: Umur ayam (1990) ayam daging: 60 hari - matang,
dan kini hanya tinggal 35 hari - matang......kerana suntikkan "HORMONE dan VACCINE"....yang keterlaluan, Contoh: Buah Tembikai (Watermelon) : 3.5 bulan (1990) dan kini hanya 2.5 bulan sudah boleh memetikkan hasil......kerana penggunaan baja kimia (buah) yang keterlaluan.
AIR (samada Udara atau air itu sendiri) telah banyak pencemaran berlaku, hinggakan kepanasan
"GLOBAL" terasa bahangnya, apatak lagi kepadatan penduduk dunia semangkin bertambah tahun
demi tahun. Saya bukan nak memberi komen, cuma kita yang terpaksa harus berfikir sendiri, mencari cara untuk menjadikan diri kita sihat. Banyakkan senyum.......kerana senyum itu pahala...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan