Biarpun Mansor telah kehilangan semuanya, namun hari ini Mansor tetap terus gembira, Bagi Mansor apapun kehidupan ini hanyalah untuk sementara. Jika semua apa yang dikatakan oleh
Mansor adalah "KEBETULAN" biarkan saja, kerana akhirnya tiada pernah ada manusia sesal
dahulu, sudah pastinya kemudian. Sebab perkataan sesal itu memang terjadinya kemudian bukan
sebelum, kecuali perkataan "SEDAR" ada yang berlaku sebelum dan selepas.
Pernah Mansor memberitahu, pada suatu waktu ada beberapa buah kampong akan mengamali
kemusanahan teruk, yang mengakibatkan kerugian yang amat besar. namun tiada yang percaya.
Mansor memberitahu pada saya beberapa tahun sebelum kejadian berlaku, saya juga turut tidak
percaya. Malah saya menganggap kenyataan Mansor itu hanya guruan. Waktu Mansor bercerita itu
ketika kami (sekitar 6 orang) sedang minum di warung selepas Solat Maghrib sementara menunggu
Solat Isyak. Mansor berkata akan terjadi persengketaan yang nelibatkan penggunaan senjata.
Apabila saya tanya di mana tempat itu. Mansor hanya menjawab "tunggu saja", sebab itu saya kurang percaya. Akhirnya betul-betul berlaku, dan sambong Mansor, sengketa itu tidak akan berakhir, malah itu adalah tanda-tanda kemurkaan Allah.
"ketahuilah oleh kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Allah berupaya melakukan apa-apa sahaja dengan kehendakNya". demikian Mansor pernah memberitahu pada saya, bilamana saya
bertanya "Apakah akan berlaku lima tahun akan datang?" ketika itu dalam bulan Februari, 2010.
Menurut Mansor, jika benar bukan aku yang berkata, itu adalah ALLAH, kata Mansor dengan
pendek " tiada lain selain kemusnahan dan kekejaman". Lalu saya bertanya lagi......jika begitu
bagaimana pula kita mampu hidup. Jawab Mansor selamba "kehidupan seperti biasa, cuma tiada
kedamaian dan kegembiraan".
Saya mula terfikir, apabila setiap masa Berita TV tiada berita yang mengembirakan, jika adapun
itu cuma satu rancangan yang tidak pasti. Sememangnya kata orang lama "berjuanglah kamu
seolah-olah kamu hidup lama, namun jangan lupa pada Allah seolah-olah kamu mati esok hari".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan