Jumaat, 12 Disember 2014

THE FELLING...?

Aku memang sentiasa gembira, kerana semua orang juga gembira,  jika kehidupan di kampong lagi gembira, biar hanya berlauk ikan masin dengan sayur rebung.  Ingat lagi kata orang lama, di waktu kena jajah dahulu kala,  cukup hanya makan rebus ubi kayu.  Namun tanpa disedari bahawa hari ini mereka terus dijajah.  Cuma caranya berlainan.  SOGOK DAN FIKIRAN. Gambar sekadar buat RENUNGAN>>>>>?


Nak gambarkan Malaysia Negara Maju pada tahun 2020.  Bila sebut Malaysia Maju bermakna
semua 13 Negeri dalam Malaysia juga memang maju.  Hanya tinggal 5 tahun dari sekarang, jika aku melihat pada Negeri Sabah, jangan sebut Negeri Sembilan, Perlis atau Kelantan.  Dalam tempoh lima tahun lagi, bagaimana Negeri Sabah nak maju.  Plan perancangan bandarpun banyak tak betul.

Terutama jalanraya.  Bagaimana nak lebarkan jalanraya atau menambah baik jalan raya, jika cara
pembangunan yang ada sekarang tidak dirancang dengan semporna.  Hari-hari asyik dengan jam.
banyak masa terbuang kerana jam.  Nak bercakap, mulut bagaikan ditutup (tak didengar dan diendah)
lalu disogok dengan pelbagai janji (janji bulan depan tunai tahun depan).  Ini namanya jajahan tanpa
disedari, sedangkan hasil negeri sudah habis terjual.  Nak gambarkan 51 tahun Negeri Sabah dalam
Malaysia dengan apa yang ada hari ini, bersamaan hasil Negeri Sabah selama 51 tahun yang telah habis terjual , bagaikan tak masuk sama-sekali dalam akal bagi orang yang berakal.

Negeri Sabah dari asalnya Negeri Terkaya dalam Malaysia dan kini statusnya menjadi Negeri termiskin dalam Malaysia, dengan hanya pembangunan yang kita lihat hari ini.  Bagaikan pemimpin
Negeri Sabah tidak berakal, apabila mereka merasa puas hati.  Mana tidaknya mereka sudah maju. tapi rakyat Negeri ini masih diulit kemiskinan.  Janji PPRTpun yang dapat yang tidak layak dapat,

Sama juga di mana-mana bumi di dunia ini,  kalau INDIA memang sudah terkenal dengan KASTA
nya suatu masa dulu.....kini tanpa disedari berlaku dimana-mana di dunia ini.  Tak perlu bawa ke
Mahkamahpun dah nampak dengan mata kepala.  Mana ada Negara Maju di dunia ini yang rakyatnya
tiada hidup melarat.  Biar America sekalipun.  Aku bukan penulis yang buta minda, aku penulis yang mempunyai ilmu seni.  Baik aku jangan menulis kalau takut menyatakan kebenaran.  "WASTING
TIME".  Aku bukan mahu popular, aku cuma mahu  hidup bahagia, bah kata orang lama.....
"kebahagiaan yang sebenarnya boleh dinikmati bersama, bukan seorang-seorang.".  Happy Birthday
To Her".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan