Buat pertama kali selepas lebih daripada 70 tahun, bahawa tahun 2015 MAULIDUR RASUL
disambut dua kali. 03/01/2015 dan 23/12/2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1437 dan Hari Raya
Aidil-Fitri 17/07/2015. Pada tahun 2020 Awal Muharam jatuh pada 20/08/2020 bersamaan tahun
Hijrah 1442, dan Maulidur Rasul jatuh pada 29/10/2020, sementara Hari Raya Aidil-Fitri jatuh
pada 24/05/2020 bersamaan Hari AHAD.
Apa yang saya mahu anda renungkan iaitu segala peristiwa di atas bakal membawa anda kepada
suatu RAHSIA yang cukup misteri. Tahun 2020 merupakan tahun MALAYSIA menjadi NEGARA
MAJU....lebih kurang lima tahun dari sekarang. Sementara tahun 2015 tahun hadapan, buat pertama
kali selepas 70 tahun MAULIDUR RASUL disambut dua kali dalam masa setahun (Tahun Masihi).
Biar apapun yang pasti, segalanya apa juga yang berlaku adalah hukum ALLAH (bagi yang beragama ISLAM), namun pada yang lain mungkin tidak begitu..? Saya sering menulis sesuatu
yang mungkin berlainan, daripada minda orang lain, namun hakikatnya, dalam kehidupan, kita
harus belajar dalam apa juga ilmu pengetahuan.
Kejadian pelbagaui MISTERI sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menunjukkan, memang ada
jawapanya, suatu hari nanti......kalau tidak tahun ini, mungkin bulan hadapan atau tahun hadapan.....
atau tahun 2020. Ketahuilah, bahawa dalam masa lima tahun menjelang tahun 2020 kita akan bisa
menemui pelbagai petunjuk ALLAH pada mereka yang mahu belajar dan mengerti.
Malah tidak keterlaluan saya katakan, seandainya pada penghujung tahun ini, kita masih ada 22 hari,
untuk mencari dan menanti, kalau-kalau adanya PETUNJUK ALLAH berikan pada kita, 31/12/2014
bersamaan 9 Rabiul Awal kita (seluruh dunia) bakal merayaikan untuk menyambut Tahun Baru 2015.
Esoknya hari KHAMIS (THURSDAY) 01/01/2015 KITA SEMUA BERCUTI. Lepas itu esoknya
lagi HARI JUMAAT (hari yang begitu amat berharga pada yang beragama Islam). Esoknya lagi
HARI MAULIDUR RASUL bersamaan hari Sabtu 12 Rabiul Awal 1436.
Kalau kita nak buat sesuatu, mestilah kita pandang jauh kehadapan. Dalam masa tiga minggu dari
sekarang kita sudah tahu apa yang harus kita hadapi penghujung tahun ini dan awal tahun hadapan.
Jadinya semua perancangan sudah boleh kita buat. Demikian juga pada lima tahun akan datang,
kalau nak buat "BUDGET" tahun 2020.....bermulalah dari sekarang. Jangan nanti MALAYSIA sudah MAJU rakyatnya pula masih hidup bawa tempuruing. SELAMAT BERJAYA!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan