Ahad, 21 Disember 2014

JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI (asal).

Selepas Sham Mustapah memberi gambaran tentang jambatan tamparuli dalam blognya yang saya beri sedikit komen, saya terpanggil pula memberi sedikit pembetulan tentang sejarah jambatan
tampurali dalam lagunya yang terkenal dikalangan peminat seni.  Apabila saya terbaca blog seorang
lagi gadis dan beberapa lagi blog berkaitan JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI, saya dapati semua kenyataan itu adalah salah.

JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI yang asal dibina pada Zaman British yang dimaksudkan
dalam LAGU JAMBATAN TAMPARULI amat jauh berbedza dengan jambatan yang ada sekarang ini...jika jambatan yang ada sekarang boleh naik motosikal di atasnya....atau berjalan dengan kasut tomik tinggi masih selamat.  Perkara sedemikian tidak mungkin berlaku dengan jambatan asal.

Sebab itu terdapat sendikata berbunyi"neratu hi kasutku" maksudnya terjatuh kasutnya,  Sebab apa,
kerana jambatan tamparuli dalam lagu itu sebenarnya, bukan mudah dilalui seperti sekarang, malah
boleh bergambar beramai-ramai di atasnya.  Jambatan tamparuli asal lebih panjang dan tinggi dari yang ada hari ini, malah ianya berayun......semangkin kita jauh ke tengah semangkin kuat ianya berayun.  kita akan jadi panik atau `terhuyung-hayang.

Menyeberang jambatan tamparuli yang banyak legendanya itu, mesti tahu tekniknya agar tidak berayun.....jika tidak jangan harap dapat menyeberang, sebab itu hanya orang-orang terterntu sahaja
dapat melaluinya.  Sebab itu saya rasa amat kesal sekali apabila pihak kerajaan membina jambatan
baru yang sedikit pun tidak mengambarkan ciri-ciri JAMBATAN ASAL.

Saya tak mahu komen pasal tulisan anda, tapi jika ianya melibatkan faktor sejarah, kita kena berhati-hati, kerana ianya boleh menyentuh "SENSITIVITY" MESYARAKAT SETEMPAT. Jika anda
memberi gambaran tentang jambatan yang ada sekarang, tapi hendaklah ceritanya berfaktakan sejarah asal.  Kerana sejarah asal itu banyak legendanya dengan jambatan tamparuli (zaman British)
tapi bukan yang ada sekarang.

Thank You Sham Mustapa, because of your photo, I have an idea to tell the truth story about jambatan tamparuili.  Banyak lagi blogger-blogger lain menyampaikan cerita hanya berpandukan
jambatan yang ada sekarang ini.  Jika mahu merujuk gambar sebenar jambatan tamparuli datanglah
ke PEJABAT DAERAH TAMPARULI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan