ada hasrat terpendam bersama irama
dek yang demikian itu niat sesuci embun pagi
sekadar santapan sinar mentari
dari setiap foto terpancar wajah dan gaya
sedih, gelisah, rindu, gembira mungkin bahagia jua
dek yang demikian itu adalah hajat
sekadar mencuri perhatian, namun lenyap ditelan masa
dari baris ayat-ayat ditulis, diluah sebaiknya
perasaan, cinta, pengorbanan, kesetiaan
dek yang demikian itu adalah sentuhan
sekadar kehendak selera CINTA ALAM MAYA
lalu siapa diantara kita selepas itu
aku darimana, dia darimana, mereka darimana, kita darimana
aku mahu kemana, dia mahu kemana, mereka mahu kemana, kita mahu kemana
aku ada wajah ku sendiri dengan gaya ku sendiri
dia juga demikian, mereka juga demikian, kita pun sama jua
lalu dimana sebenarnya PERTEMUAN HAKIKI
lalu kemana sebenarnya TUJUAN SEGALA ITU
lalu kita hanya seumpama mangsa CINTA ALAM MAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan