SEBENTUK CINCIN PERMATA BERLIAN
bukan tajuk, jua bukan puisi, pun bukan rekaan
ianya tulin, asli, pun telah lama tersimpan dalam peti BENTUK HATI
telah pun diukur setepat yang diizinkan ALLAH
pun hingga kini tiada jari-jemari dapat menyarung
kekadang saiznya longgar, ada yang lansung tak muat
hingga kepenatan mencari siapa pemilikNYA
seperti sebuah kasut dalam cerita cenderella
hingga pada suatu hari, cincin itu memperlihat wajah seseorang
namun wajah itu, belum pun ditemui
adakah kerana terlalu banyak menggunakan "make-up"
adakah kerana telah melakukan plastic surgery
atau juga bersembunyi, berkurung dalam kamar
atau kerana tidak mahu membuka sarung tangan
seperti juga tidak memperlihatkan wajah
dek kerana itu hukum menutup AURAT
dari purnama menjelang musim
dari musim berganti tahun
entah kapan akan terjumpa siapa pemiliknya
SEBENTUK CINCIN PERMATA BERLIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan