Ahad, 8 Januari 2023

Disebalik angka 49 terukir CINTA JALAN IPOH?

Rahsia tersembunyi pada Angka 49:

Memang pada angka 4 tersebut tentang wanita, sebelum hadir (Double 44) sebagai DUKHAN, pun pada angka 9 itu sebagai TAUBAT sebelum hadir "Double 99" sebagai satu goncangan.

Pantas dari kedua-dua angka itu lahirlah sebuah CINTA berputik tahun 1992 ketika berjogging sepanjang Jalan Ipoh.  Tiba-tiba lalu sebuah BAS MINI tertera No 49.  Kebetulan dihadapan ada perhentian BAS, maka turunlah seorang WANITA beruniform tersenyum pada ku.  Ku langsung tak kisah, namun membalas senyumannya, dan aku meneruskan larian ku.  

Ketika aku berpatah balik mahu pulang aku singgah dekat sebuah warung terletak di Jinjang Selatan dibelakang sebuah BANK.  Lantaran aku juga terniat hendak mengeluarkan sedikit wang.  Lepas mengambil sarapan, aku memasuki BANK tersebut.  Rupanya wanita tadi adalah petugas bahagian kaunter.  Aku pun rasa terkejut, dia hanya ketawa kecil.

Peristewa hari itu bermulanya kisah sebuah CINTA yang ku dan dia simbolkan sebagai CINTA JALAN IPOH>>>cukup sampai disini saja? 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan