Sabtu, 14 Januari 2023

Jawatan TOP 2 dalam UMNO tak dipertandingkan!

Apa kata Zahid Hamidi: "saya terbuka sekiranya 2 jawatan tertinggi parti dipertandingkan">>>beliau berkata demikian di Muar.

Semantara itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata: "UMNO bukan milik pemimpin, tapi milik semua ahli" Butterworth Pulau Pinang.

Pemilihan UMNO @PAU akan diadakan pada tahun 2026 berkemungkinan selepas PRU16, andainya Anwar bersedia membubarkan Parlimen tahun 2025/2026 walaupun sepatutnya 2027.  Dalam pada itu PRU Negeri Sabah berkemungkinan akan diadakan tahun ini (antara bulan Ogos dan Oktober) atau tahun 2025 (antara bulan Ogos dan Oktober).

Apa kesannya kepada UMNO andai dua jawatan itu dipertandingkan sebelum PRU16? Berkemungkinan banyak hal mampu mengugat Kedudukan Kerjaan Perpaduan, kerana itu andai benar hal itu berlaku, ada kemungkinan PRU16 akan berlaku pada tahun 2025 serentak dengan PRU Negeri Sabah (antara Ogos dan Oktober). Lantaran UMNO akan berjuang secara SOLO pada PRU16.

Pelbagai pandangan telah dikeluarkan mengenai keputusan bahawa jawatan TOP 2 dalam UMNO tidak dipertandingkan?

Sebenarnya itulah pilihan terbaik? Mengapa dan kenapa? Seluruh Dunia berdepan dengan pelbagai KRISIS semasa, bukan sahaja soal POLITIK, KUASA dan EKONOMI, malah merangkumi pelbagai bencana Alam melanda BUMI?  Tidak terkecuali juga di Bumi Malaysia.  Makanya biarlah waktu ini semua orang harus "BERTENANG" usah terlalu banyak buat "ONAR"?

Kalau nak pun tunggulah dua tahun lagi iaitu pada PAU2026? Lagi pun mengikut perlembagaan Malaysia yang baharu dipindahkan, seorang Perdana Menteri hanya dibenarkan memegang Jawatan Perdana Menteri untuk tempoh dua penggal sahaja.  Ini bermakna sesuaikan lah keadaan perlembagaan Negara dengan Pelembagaan Parti, supaya tidak terlalu banyak "ONAR".

UMNO kena berhati-hati, lantaran musuh-musuh UMNO senintiasa mahu mencari peluang terbaik menghancurkan UMNO apakala adanya sebuah lagi Parti yang mampu mencabar UMNO iaitu PPBM (BERSATU).  100% Ahli PPBM dahulunya Bekas Ahli UMNO? Termasuk Pemimpin PPBM sendiri, Muhyiddin Yassin. Dan ada cadangan wakil dari JOHOR juga harus diberi perhatian (tiada sebarang pertandingan bagi semua jawatan untuk tempoh PAU2022) supaya ada kelihatan satu keADILan.  

Pandangan ini perlu juga dipertimbangan, agar semua merasa PUAS HATI (ada KEPUASAN).  Bermakna tiada yang terpinggir, termasuk Ismail Sabri Yaakub sendiri sebagai Naib President? Juga termasuk MKT yang sedia ada? Apa pun usah lagi bermain dengan "JARUM" perlu "BERTENANG", berhenti sepenuhnya buat "ONAR". Luruskan SAF hadapai segalanya dengan jiwa dan fikiran terbuka.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan