Selasa, 14 April 2015

BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH LUMRAH

Hari demi hari berlalu, sejak IHLAM ALLAH ini ditulis tanggal 15 April, 2015 hingga ke hari ini menghampiri sembilan tahun, situasinya bukan semakin baik malah semakin keruh?  Kita ditemukan dalam pelbagai sengketa dimana-mana yang belum menemukan titik noktah.  Malah semakin seolah-olah menampakkan lebih jelas SETERU berada dimana-mana sekeliling setiap orang (Umat manusia). Mengapa hal ini berlaku, usah marah jika KAMI mengandaikan hal ini tercetus semuanya gara-gara permainan POLITIK dan kegilaan KUASA serta perebutan JAWATAN (tak kisah apa juga jawatan) lantaran tahaf pengangguran dimana-mana negara semakin tinggi.

Dalam pada itu EKONOMI pula semakin hari semakin menyusut, dimana-mana seluruh dunia, sampai ada beberapa negara penduduknya mengalami kelaparan melampau.  Yang demikian jika Bertemu dan Berpisah adalah LUMRAH kini seumpama suatu PAKSAAN atau TEKANAN yang membuat manusia berMUSUIHan, lantaran kurang RELA atau tidak bersetuju atau diminta BERTEMU dan BERPISAH mengikut kehendak sesuatu KUASA yang tidak boleh dibantah. Apakah PAKSAAN dan TEKANAN yang tidak boleh dibantah itu? Namanya KUASA "VETO" 


Kuasa "VETO" jika dulunya hanya dimainkan oleh beberapa Negara di PBB, hari ini Ketua Kampong/Masyarakat/Mukim pun punya kuasa VETO, termasuk juga dalam AJK Masjid, Kesatuan atau Pertubuhan, apa lagi yang berkaitan dengan Parti Politik.

Makanya tercetuslah perumpamaan terbaharu hari ini "AIR PASANG BESAR bertebung HUJAN LEBAT (Musim Tengkojoh), dimana akan mendatangkan Banjir BESAR bisa menenggelam BUMI/ARDI dan merosakkan tanaman serta memusnahkan harta-benda. Tidak lagi seperti digambarkan pertemuan antara dua lautan>>>>>Digambarkan disini tentang MUKJIZAT ALLAH pertemuan DUA LAUTAN......



BERTEMU adalah suatu ikatan SIRATUL RAHIM:  Serupa bilamana kita pergi berperang seperti ketika bertemu dengan MUSUH?  Dalam permusuhan itu akan timbul 2 perkara iaitu PERTARUNGAN dan PERATURAN! Maka manusia WAJIB mematuhi perintah PEMIMPIN yang menganjurkan PERTARUNGAN itu dengan cara PERATURAN. Al-Quran (8:1)


Maka takutlah (gementarlah) kamu kepada ALLAH, jika benar kamu orang-orang yang beriman Al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2



Demikian juga situasi dalam BERPOLITIK kita BERTEMU dan BERLAWAN lalu TERPISAH oleh AGENDA masing-masing menawan hati RAKYAT.  Pada harinya (mencapai kemenangan) kita kembali bercantum semula memulihkan SIRATULRAHIM Al-Quran (8:1 & 2)
Maka itulah LUMRAH dalam POLITIK
BERTEMU lalu TERPISAH
SEKADAR SEMANTARA.
Gambaran pertemuan DUA LAUTAN adalah BIDALAN untuk manusia RENUNGI betapa mereka sedikit pun tidak merasa PERTEMUAN/PERTARUNGAN itu sebagai SENGKETA, tapi jadikan lah ianya SEMPADAN sebagai IKATAN SIRATULRAHIM.

Amat sedih bagi diriku, dalam keadaan aku memerlukan anda kalian, aku terpaksa juga melangkah
pergi, lantaran urusanku dalam dunia nyata, amat memerlukan aku meninggalkan tulisanku yang
tempatku mencurahkan perasaan.  Nun jauh di sana aku bersendirian, hanya Allah yang sentiasa
bersamaku setiap saat.  Jauh disudut hati rinduku tidak tertahan mencari kedamaian dan keharmonian,
namun MASA menentukan segala-galanya.  Kita hanya merancang, namun Allah juga yang menentukan, kerana hanya ALLAH sahaja yang Maha tahu tentang MASA yang paling tepat dan sesuai.  Hadirnya ku kembali mungkin, akan menceritakan keseluruhanya.

Beramalah dengan Empat QUL, berjalanlah dengan Islammu, bersahabatlah dengan musuhmu
(jangan salah faham), berjanjilah dengan kebenaran.  Semua ini bukan nasihat hanya sekadar
renungan bersama. Jagailah pakaianmu (ini yang cukup sulit dan harus dingertikan dengan baik
dan berhemah).  Wassalam......................................

Apaitu PAKAIAN! Bukan sekadar pakaian yang menutup AURAT kamu, lebih kepada AMALAN KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN YANG KAMU LAKUKAN DALAM MEMBAWA DIRI MUSAFIR DI BUMI ALLAH.  Janganlah kamu berbangga berjalan di atas muka bumi ini, kerana kepada Allah jualah kamu kembali.  Al-Quran Surah HUD ayat 4.........


Maka jagailah SIRATULRAHIM (Pertemuan) itu sebagai IKATAN persaudaraan diantara kamu serta jauhilah persengketaan & PERPECAHAN.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan