Selasa, 14 April 2015

JANGAN LUPA JATI DIRI

Aku cuba mengingatkan anda tentang Bukit Lemas, yang rata-rata penduduk sekitarnya berketurunan Bajau Sama (atau lebih dikenali Sama Nangka).  Bangsa ini amat beradab (berbudi bahasa yang nilainya cukup tinggi),  Namun peristiwa yang aku ceritakan dalam artikal bertajuk KISAH DAN TAULADAN, (Gambar hanya HIASAN)


segala-galanya musnah sama sekali. 
Walaupun Bukit Lemas penuh dengan sejarah yang sehingga
hari ini belum terungkai, mengenai Harta Karun, Sarang Burung, Minyak, Air Keluar
dari Batu (Batu Mata Air) Pokok Dalit, Raja Muhamad (Penjaga Bukit Lemas) dan banyak lagi.

Bukit Lemas yang tasiknya (Tasik Nangka, hari ini dikenali sebagai Tasik Sulaman) mendatangkan rezeki kepada penduduknya (nelayan) dan lereng-lereng Bukit Lemas menjadi sumber rezeki kepada penduduknya (petani).  Bukit Lemas juga memberikan kekuatan kepada penduduknya dalam segala sudut ilmu kerohanian.  Adakah Masyarakat Bangsa Bajau sudah lupa akan diri mereka, hanya kerana sebab yang remeh yang tidak pernah berlaku sejak nenek moyang mereka.. 
Bangsa ku adalah warisan ku, Agama ku adalah hidupku, Negaraku adalah tanah tumpunya darahku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan