Selasa, 14 April 2015

KISAH DAN TAULADAN

Assalam...............rasa sedih dan simpati membuat aku berpatah balik atas desakan beberapa
pihak yang tidak berasa senang hati atas peristiwa tregidi nahas pesawat lebih kurang sepuluh hari
yang lalu, yang melibatkan seorang mangsa berasal dari Kampong Saradan Tenghilan Tuaran..

Dalam Sejarah Daerah Tenghilan khususnya Daerah Tuaran, ini adalah pertama kali berlaku sejak
wujudnya bangsa Bajau Sama Di Daerah Tuaran.  Kubur yang digali untuk menempatkan jenajah
tregidi nahas pesawat tersebut terpaksa ditimbus semula tanpa mayatnya.  Terlebih dahulu seluruh
Masyarakat Bajau Daerah Tenghilan dan sekitarnya mengucapkan AL-FATIHAH kepada
Allahyarham.  Mengapakah perkara ini bisa terjadi sedangkan keseluruhan urusan pengkebumian
dikendalikan oleh pihak berwajib (kerajaan).  Apa akan jadi jika urusan dikendalikan oleh rakyat
atau Masyarakat, sudah tentu pihak kerajaan akan mengambil tindakan.

Dalam Sejarah Bangsa Bajau, ini adalah julung kali berlaku, selepas beberapa generasi yang sudah
mencapai lebih 10 keturunan, dari sejak zaman penjajahan hingga ke zaman merdeka.  Sesuatu
yang amat menyedihkan, dalam segala kelebihan yang ada, nampaknya wujud sesuatu kekurangan
yang tidak pernah berlaku zaman penjajahan.  Siapa yang harus dipersalahkan????? itu bukan soalan
yang mahukan jawapan.  Namun dalam aktikal ini hanya sekadar meluahkan perasaan kesal dan
biarlah peristiwa tersebut menjadi pengajaran yang tidak akan berulang.  Dimana bumi dipijak disitulah langkit dijunjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan