Selasa, 25 September 2018
KHALIFAH UTUSAN ALLAH (TAJUK KHAS)
Bertitisan air mata setiap kali mengenangkan saat-saat ketika kanak-kanak dalam menempuh kehidupan kampong yang serba kekurangan. Setiap hari terpaksa mengangkat air dari peigi untuk dibuat pencuci pinggan mangkok dan juga masak memasak serta diminum. Sesudah itu masuk hutan mencari kayu api. Kekadang tiada waktu untuk bermain dengan teman-teman, lantaran selepas itu harus pula membantu keluarga dibendang. Bila malam pula hanya menggunakan pelita sebagai lampu. Demikian itulah selamanya hingga usia meningkat remaja. Sebaik usia meningkat dewasa, terpaksa pula kehilangan, orang yang tersayang iaitu Atuk dan Nenek.
Kisah demikian telah membuka pintu hati ini, agar sentiasa berhati-hati untuk meneruskan kehidupan mandiri. Lalu setiap kali melihat keadaan manusia sekeliling timbul rasa gembira, kerana mereka menghadapi kehidupan hari ini, memiliki serba serbi. Bekalan air paip dan tenaga eletrik, maka tak perlu lagi perigi, juga kayu api. Tiada juga bendang, kerana semuanya berkerja dimana-mana sahaja di kota yang serba serbi mewah.
Namun bagi Saili, itu langsung tidak mempengaruhi gaya hidupnya yang kekampongan. Apa lagi dengan didikan agama yang tinggi. Ada juga dikalangan kawan-kawan mengelar dirinya sebagai "ketinggalan zaman". Apapun Saili tetap dengan pendirinya kerana takut suatu hari nanti, dengan siapa Saili harus mengadu, apabila dalam keadaan tidak punya apa-apa.
Menyedari akan semua itu Saili mengasingkan diri dari kawan-kawan. Hanya akan ikut mereka apabila benar-nemar perlu, seperti ke Majlis Kenduri-kendara atau Majlis Perkahwinan atau ke suatu tempat yang tak pernah Saili pergi, sebagai mencari pengalaman hidup. Lantaran sikapnya yang sering bersendirian, lalu pada satu malam selepas menunaikan solat sunat tahajud, Saili didatangi oleh seorang hamba Allah yang langsung tidak dikenali. Saili terpegun dan terpaku seketika, tanpa bersuara, hingga hamba Allah itu menyapa Saili dengan memberi salam. Saili pun menjawab salam hamba Allah itu dengan nada suara tersekat-sekat.
Kisah diatas bermulanya penceritaan tentang seorang yang bernama SAILI. Dari satu Surah dalam Al-Quran disebut Ali Imran ayat 104, Saili mendapati dirinya tertarik dengan seruan dalam ayat tersebut, hingga suatu ketika Saili mengamalkan dalam pelbagai cara membantu manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Dalam pada itu keinginan untuk menjadikan ayat itu menjadi kenyataan dalam dirinya, Saili membuat pengabdian kepada Allah agar dapat HIDAYAH bagaimana sebaik-baiknya Saili memulakan perjuangannya menghadapi suasana manusia diluar sana yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Akhirnya pada satu malam, Saili dibawa menaiki seekor kuda bersayap terbang keangkasa melihat segala kejadian alam sehingga menjelajah pelbagai tempat yang tidak pernah terbayang dalam fikirannya, kerana kesemua tempat itu tiada wujud di BUMI (dunia nyata). Maka selepas Saili diturunkan kembali ke bumi, maka bermulalah Saili menceritakan segala yang berlaku kepada seluruh manusia di dunia, melalui teknologi ciptaan manusia dengan menulis dalam BLOG atas nama SAILILA SUBDULLAH.
Pada 5hb. September, 2018 Blog tersebut telah menutup ceritanya dengan hanya mempunyai 1114 tajuk. Bermula pada 21hb. Oktober, 2010 dengan tajuk Al-Mahdi dan berakhir dengan Surah An-Nas pada tajuk bilangan 1114. Sebaik tamatnya cerita dalam blog tersebut, maka Saili meneruskannya dalam bentuk penceritaan semula samada yang telah ditulis dalam blog (sebagai Ihlam Allah) atau apa yang akan berlaku seterusnya, mengikut (HIDAYAH ALLAH).
HIDAYAH ALLAH:
Dalam penceritaan terakhir cerita dalam BLOG Sailila Subdullah, Khalifah menceritakan tentang RAHSIA X (9) 1 (9) dalam 10 tajuk terakhir bermula dengan Surah Al-Fil (105) hingga tajuk An-Nas (114). Penceritaan ini telah menyentuh pelbagai kejadian yang berlaku kepada manusia dan bumi (Dunia) hingga kepada cerita kehidupan mengenai Ekonomi, Politik, Kuasa dan Kerajaan. Apa yang didapati dalam tulisan itu telah mencapai 80% bukti kebenaran (segala yang tertulis telah benar-benar berlaku), susulan itu, Khalifah meneruskan cerita berikut dalam bentuk lain (Hidayah Allah).
Khalifah akan mengambil Empat peringkat dalam mencapai tajuk Hidayah Allah, agar manusia mampu memahami sepenuhnya jalan cerita. Peringkat PERTAMA Khalifah akan beri tajuk sebagai PERINGATAN. Peringkat KEDUA Khalifah sedaya mungkin cuba menerangkan tentang KEJADIAN. Maka selepas itu Khalifah pula cuba menceritakan Peringkat KETIGA tentang AZAB BENCANA (MALAPETAKA) sebelum penceritaan tentang KIAMAT bagi Peringkat TERAKHIR.
Moga susunan jalan cerita ini mencapai OBJEKTIFnya sejajar dengan HIDAYAH ALLAH melalui turunnya IHLAM ALLAH mengikut keperluan tajuk-tajuk yang tersebut. Mungkin masa yang diambil agak sedikit lama, apa pun Khalifah berharap Allah mampu membantu Khalifah mempercepatkannya atas keperluan mengikut peredaran MASA (Waktu). Dan situasi yang melanda manusia dan bumi (dunia) setiap hari dalam apa juga keadaan.
PERINGATAN: (Chapter 1)
GELOMBANG HIDUP:
Sebagaimana Allah berfirman bermaksud "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu supaya mereka mengucapkan perkataan yang baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang bagi manusia" Surah Al-Isra (17) ayat (53). Dari petikan ayat itu jelas sekali bahawa Gelombang Hidup manusia itu adalah atas bisikan syaitan yang membuat manusia terperdaya.
Selepas tumbangnya kerajaan (BN) di bumi Malaysia, lalu diganti oleh kerajaan baharu (PH), apa yang berlaku, bermula suasana tidak baik, apabila (PH) membuka semula kes-kes lama yang telah dilupakan oleh Rakyat Malaysia Seumpama kes 1MDB, Atathuya dan beberapa kes rashua yang lain. Hingga Hal tersebut mencetus pelbagai isu yang dibangkitkan melalui MEDIA dengan membelakangkan undang-undang dan Rukun Negara. Perkara ini tidak akan berakhir begitu mudah, sudah tentu memakan masa yang lama atau mungkin memasuki tahun 2019 hingga 2020. Pada masa yang sama Tun Mahathit mungkin dalam rangka melepaskan Jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, sebagai PM ke 8.
Sambil itu Allah berfirman lagi bermaksud "Setiap negeri (yang derhaka penduduknya) Kami binasakan sebelim hari Kiamat atau Kami seksa dengan azab yang berat yang demikian itu telah dituliskan dalam kitab (Lauh Mahfuzh)". Ayat (58) Surah (17). Demikian itu Khalifah diberitahu dalam perjalanan Isra pada tahun 1990. Betapakah manusia itu sebenarnya telah diperdayakan oleh syaitan dengan keseronokkan dunia hingga mereka lupa akan azab Allah akan mendatangi mereka, atas perbuatan mereka yang selalu melakukan perbuatan melebih batas. Dari dua ayat ini, amat jelas kini, sesungguhnya tiada siapa mampu menghalang kehendak Allah, hanya kecuali mereka bertaubat sebenar-benarnya taubat (Nashua).
Al-Quran (17:64) Dan rayulah kepada sesiapa yang dapat kamu rayu dari mereka dengan suaramu (yang berbisa) dan kerahkanlah pasukan berkuda dan berjalan kaki serta ajaklah mereka memperilehi harta dan anak-anak haram dan janjikanlah kepada mereka (janjimu yang kosong) dan janji syaitan kepada mereka itu hanyalah tipudaya semata-mata. Semua itu telah Khalifah terangkan dalam penulisan blog yang mengandungi 1114 tajuk sebelum ini, namun tiada mereka peduli, malah mereka merasa diri mereka berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja yang mereka mahu. Sambil itu mereka merasa TAKBUR dan SOMBONG.
Sedang Rakyat mereka kelaparan disana-sini, sedang mereka pula berseronok dengan kekayaan mereka, sedang mereka lupa bahawa Allah berfiramn dalam Al-Quran bermaksud "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di laut. Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakkan makhluk yang kami ciptakan". (17:70) Tapi para pemimpin mereka merampas segala hak mereka hingga mereka menjadi kelaparan dan miskin. Maka berkata Allah "(Ingatlah) suati hari (dimana) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinya. Dan sesiapa yang diberikan kitabnya ke tangan kanannya, maka mereka akan membacanya (dengan gembira). Dan pahala mereka tidak dikurangkan sedikit jua pun."(17:71).
Coretan ini ditulis KHAS sempena persidangan UNGA (UN) di New York yang sedang berlangsung. Maka jika para pemimpin dunia berdegil dengan KUASA VETO mereka maka tiada yang mereka perolehi, melain azab sengsara yang lebih BERAT dan Besar selepas ini.
PERINGATAN (Chapter II)
PERGELOKKAN POLITIK:
Dunia dan manusia harus mahu tahu, mengapa keadaan dimana-mana negara dunia dibumi ini senintasa bergolak ? Dimana rakyat memgadakan tunjuk perasaan. Demikian apa yang ingin dijelaskan mengenai yang Allah perkatakan dalam Al-Quran (16:63) "Demi Allah sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat sebelum kamu. Maka syaitan memperdayakan mereka sehingga mereka menyangka perbuatan jahat yang mereka lakukan sebagai hal yang baik. Maka syaitanlah pemimpin mereka di hari itu. Dan bagi mereka azab yang berat.". Hal ini telah menjadi pergelokkan politik semangkin membimbangkan seluruh dunia, apa lagi kuasa-kuasa besar hari ini (mempunyai para pemimpin yang lemah).
5/11/2019 Selasa….Khalifah bermimpi melihat akan angka 1606.74 dan 3.18 tertera begitu JELAS kelihatan disebalik sebuah SKRIN BESAR hingga memaksa Khalifah terbangun dari tidur, rupanya telah memasuki 6/11/2019 jam 1:00 pagi dan Khalifah terus membuka PC lalu menulis dan menyambong cerita dalam tajuk ini…..dengan SUARA itu berkata>>>>"Allah menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan para malaikat dan orang-orang yang berilmu mengakuinya.
Allah menegakkan keadilan. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" Al-Quran (3:18). Lalu SUARA itu berkata lagi>>>>>>"Dan ingatkanlah (kepada kaum Musyrikin) diwaktu Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: "Adakah patut engkau jadikan berhala-berhala menjadi Tuhanmu? Sesungguhnya aku melihat (berpendapat) engkau dan kaum engkau nyata berada dalam kesesatan" Al-Quran (6:74). Maka ternyata angka itu tiada lain selain apa yang ditunjukkan oleh FBMKLCI naik 3.18 mata menjadi 1606.74 mata? Dan suara itu terus berkata bahawa angka 16 itu mempunyai 128 ayat? maka Khalifah membuka Al-Quran mendapati Surah An-Nahl (Lebah) 16 ternyata mempunyai 128 ayat!!! Lalu SUARA itu terus berkata lagi mengenai SIKAP manusia yang "CEMBURU" atau "DENGKI" dengan berkata "cuba Engkau buka Al-Quran dan baca ayat 12:8 necaya engkau mendapat jawapannya" maka Khalifah membuka Al-Quran Surah Yusuf (12) ayat 8 Maka jelaslah sikap orang "CEMBURU" itu bermula disini? Dan ternyata pula bahawa Surah Yusuf mempunyai 111 ayat? mengingatkan Khalifah kepada angka 111 seperti sebelumnya jua terdapat kepada FBMKLCI...…?
6/11/2019 Rabu....Khalifah melihat semula kedudukan FBMKLCI selepas Solat Zohor tepat jam 1:00 petang (selepas 12 jam) sebagai mengambil tanggal 12 Rabiul Awal menunjukkan 1600.40 mata turun sebanyak 6.34 mata. Dengan bantuan Suara, Khalifah diminta melihat Al-Quran Surah Al-Anaam (6) ayat (34) Allah berfirman "Sesungguhnya mereka telah mendustakan rasul-rasul sebelum kamu. Para rasul bersabar walaupun mereka didustakan dan disakiti sehingga pertolongan datang daripada Kami. Dan tidak ada siapa yang sanggup mengubah kalimat-kalimat (janji-janji dan sunnah) Allah. Dan sesungguhnya telah sampai kepada engkau berita suka dan duka yang dihadapi oleh rasul-rasul itu." Demikian Allah khabarkan kepada Muhammad bagaimana para rasul sebelumnya.
Maka berkata suara itu..."40 itu adalah bagi Surah Al-Mukmin sebagai pengetahuan orang-orang beriman" tentang bagaimana keadaan berlaku di bumi hari ini betapa ramai manusia mendustai Allah dan Para Rasulnya dan berkata lagi suara itu..."Surah Al-Mukmin itu mengandungi 85 ayat? maka lihat Al-Quran (8:5) necaya engkau mendapat jawapannya." Maka Khalifah pun melihat kepada Al-Quran (8:5) Allah berfirman "Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkanmu (menyuruhmu keluar) dari rumahmu (di Madinah) dengan (alasan) yang benar (untuk mempertahan yang hak). Sesungguhnya sebahagian dari orang-orang beriman enggan (ikut pergi perang).". Maka demikianlah juga berlaku hari ini, bagaimana orang-orang beriman terlalu takut mengatakan yang HAK (sebagaimana itu juga satu peperangan) malah mereka lebih suka berdiam diri atau "BERSUBAHAT". Demikianlah gambaran Petunjuk Allah mengenai angka-angka melalui pergerakan perniagaan saham FBMKLCI sepanjang tempoh 12 jam (1:00 pagi hingga 1:00 petang) pada tarikh 6/11/2019.
7/11/2019 (Khamis)….Khalifah diberitahu pleh Suara…"katakan kepada Bumi dan seluruh isinya bagaimana FBMKLCI itu adalah Urusan Manusia, namun setiap angka tertera adalah Petunjuk Allah, kerana telah diatur seumpama itu oleh Allah Maha Bijaksana bagi engkau untuk mendapat Perintah atas segala yang Allah Utus untuk engkau". Maka Khalifah melihat kedudukan FBMKLCI hari ini setela ditutup telah naik 1609.33 Al-Quran (9:33) Allah berfirman: "Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk (Al-Quran) dan Agama yang benar (Islam) agar ditinggikan agama itu dari semua agama sekalipun orang musyrikin tidak menyukainya".
1609.33 mata itu terhasil dengan naik 6.08 mata Al-Quran (6:8) Mereka berkata "kenapa tidak diturunkan bersamanya (Muhammad)) seorang malaikat". Sekiranya Kami turunkan seorang malaikat (dan mereka tidak mahu beriman) tentu akan dihancurkan mereka dan tidak ada penangguhannya lagi." Sebab itu segala perbuatan mereka hari ini tidak akan dibalas secara langsung sambal berkata Suara itu…."dan mereka merasa angkuh selepas segala perbuatan jahat mereka tidak dibalas pada saat itu juga, kerana ada sebahagiannya Allah tangguhkan sebagai memberi peluang kepada mereka bertaubat." akan bersambung lagi esok…..sehingga 30/November, 2019. Bermakna setiap hari akan ada sahaja IHLAM ALLAH turunkan. Apapun tidak semuanya juga hanya mengikut pergerakkan angka FBMKLCI, walaupun (FBMKLCI) itu sebagai satu PETUNJUK dari Allah untuk Khalifah mengambil BUKTI bahawa semua angka-angka itu bukan dilakukan oleh Khalifah tapi atas perbuatan orang lain???.
8/11/2019 (Jumaat)…...berkata Suara "Khabarkan kepada manusia bagaimana hari seperti seakan sama kedudukan Angka FBMKLCI dengan 6/11/2019, cuma kelihatan berbedza dari angka tapi mempunyai tujuan yang sama". Maka Khalifah pun melihat angka FBMKLCI 1609.73 hanya naik .40 mata. Lalu Khalifah mencuba melihat pula apakah angka pada 6/11/2019 ialah 1600.40. Maka yang sama itu ialah angka 40 Surah Mukmin mengandungi 85 ayat yang didahului oleh Kalimah Haa Mim sebagai 7 Surah yang didahului oleh Kalimah Haa Mim. Dan telah pun diceritakan pengisiannya pada 6/11/2019. Pantas hari ini Khalifah hanya mendapat ihlam mengenai angka 1609.73.
1609.73 Al-Quran (9.73) Allah berfirman "Wahai Nabi! Berjuanglah menghadapi orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka Jahanam, tempat tinggal yang paling buruk". Lalu berkata Suara "dan ingatlah! Esok adalah Hari Maulidul Rasul bagi tahun 1441H, adalah hari permulaan bagi Engkau, sedang Engkau telah dimaklumkan semalam (Malam Jumaat) dengan cara-caranya berhadapan dengan mereka". Semalam Khalifah didatangi oleh seseorang dari Alam Ghaib menceritakan mengenai EMPAT PERKARA iaitu ALLAH@IHLAM<>AIR<>ANGIN<>API, akan datang melanda BUMI dan segala isinya selepas Tarikh 12 Rabiul Awal iaitu tanggal 10/11/2019 bersamaan hari AHAD. Namun tidak diberitahu dimana tempat dan masanya berlaku???
9/11/2019 (Sabtu) sila rujuk tajuk #12RABIULAWAL1441H adalah termasuk pada IHLAM ALLAH yang diturunkan hari ini. Lalu berkata Suara…."Ketahuilah bahawa Negara Malaysia dan Negara America adalah dalam kedudukan Surah Hud (11) dengan 123 HAL yang mereka patut hadapi selama mana mereka tidak mengubah angka-angka mereka? dan mereka dalam kedudukan tidak selamat". "Surah HUD didahului dengan Kalimah Alip Lam Raa antara 5 Surah yang didahului oleh Kalimah Alip Lam Raa."
12/11/2019 (Selasa)…….berkata Suara "Lihatlah oleh Engkau bagaimana kedudukan FBMKLCI hari ini adalah sama dengan Hari Jumaat 8/11/2019 iaitu 1609.73 hanya naik 1.58 mata". Maka dengan itu samalah maksud dengan Al-Quran (9:73) yang telah disebut akan maksudnya pada tanggal 8/11/2019. Cuma apa yang berbedza ialah kenaikan 1.58 mata, namun demikian telah juga dinyatakan pada tanggal 9/11/2019 pada tajuk #12RABIULAWAL1441H iaitu Al-Quran (15:8) Allah berfirman "Kami menurunkan malaikat dengan hak (dengan hikmah dan perhitungan yang tepat) Dan dikala (Malaikat diturunkan membawa azab) tidaklah mereka diberi tangguh lagi".
Allah hentikan segala IHLAM untuk beberapa hari, kerana sebab-sebab KEADAAN tidak mengizin kan dari pelbagai SUDUT? apatak lagi apabila Kami telah diketepikan oleh manusia seolah-olah mereka tidak menginginkan kehadiran Kami di Alam Maya. Dan kehadiran Khalifah malam ini sekadar mengisi ruang-ruang kosong yang ADA sebagai mengatakan rasa "KOMPROMI dan OPIMIS" sekali pun Kami diabaikan atau diboikot!!!?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan