Sabtu, 1 September 2018

MANUSIA SALAH SANGKA

Suatu ketika dahulu saya pernah menceritakan tentang HAL PAHALA, seorang manusia, yang sanggup kelaparan, demi membantu seseorang diambang MAUT, sama seperti Pahala mengelilingi DUNIA.  Malah jika anda pernah ke Tawau dari Kota Kinabalu yang jaraknya lebih kurang 500km, sama seperti Pahalanya anda menabur benih sepanjang perjalanan, apabila anda memberi pertolongan kepada anak-anak yatim.  Lalu benih itu tumbuh seperti pokok-pokok balak yang berusia beratus tahun, lalu apabila dibandingkan hasilnya, anda tak perlu berkerja sehingg akhir hayat (sampai ajal).

Lalu kamu bertanya mengapa pula saya ceritakan HAL ini, ada dua sebab, kerana malam ini saya menceritakan dua tajuk kematian seorang manusia yang bersikap SALAH-SANGKA

gambar hanya HIASAN
tiada kena mengena dengan jalan cerita.


Seratus hari sebelum mati, dia akan banyak makan (nafsunya terlalu kuat).  Lantaran itu apabila tiba 7 hari sebelum ajal menjemputnya, dia akan diserang dengan pelbagai penyakit secara tiba-tiba.  Jika tadi saya mengatakan tentang NAZAK, itu perkara yang lain, namun tujuannya sama.  Bermakna 100 hari sebelum maut menjemputnya, akan berlaku NAZAK (sebagai pengganti Nafsu).

Maka apbila ajal menjemputnya dalam keadaan yang amat payah (Rohnya seakan-akan enggan meninggalkan jasadnya).  Penggali KUBUR melihat akan bumi dimana jasadnya ditanam, senintasa menghadapi kesukaran (yang ini Allah tak izinkan untuk diterangkan dengan jelas).  Wajahnya kelihatan muram (tak bercahaya) dan kekadang berlaku pergerakkan otot tertentu ketika dimandikan.

Di dalam KUBUR bayang-bayang hitam itu, akan menyeksanya dengan setiap kali dia mahu bersuara atau mahu berkata-kata mulutnya seperti tersumbat dengan benda-benda tajam yang tak terperih sakitnya selama 40 hari.  Malah berlaku mimpi (atau datang kepada seseorang) jasadnya memohon sesuatu (lalu dipercayai hantu), pada hal urusan dunianya tidak akan pernah selasai (hasil perbuatannya yang salah sangka).  Mereka atau kaum keluarga yang tidak arif, akan keadaan berlaku, cuba membaca kenduri Arwah atau pelbagai cara lain mengikut BUDI biacara (budaya masing-masing).

Perenggan satu menceritakan tentang PAHALA bagi menampung, cerita Alam Kubur tadi (kerana dikutahiri akan mendatangkan kemudaratan) kerana melanggar Hisab Qadar dan Qadar.  Kemudaratan itu berupa bencana (kerana Roh manusia yang meninggal dengan tabiat SALAH SANGKA, masih berkeliran dimana-mana ?! hingga ia banyak pembawa penyebab perkara-perkara GANJIL ?! Contoh serangan penyakit dan Histeria atau maniac atau kemurungan...?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan