Khamis, 27 September 2018

MALAYSIA 2020 (TAJUK KHAS)

BISMILLAHI YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM. gambar sekadar HIASAN!


  Sesungguhnya Khalifah sedang menulis ini, sebagaimana biasanya ada bersama para malikat (mengikut Rukun Iman) yang menyaksikan,  maka tiadalah yang Khalifah tulis ini terlepas dari penglihatan dan pengetahuan Allah Ya Rabulalamin.

Tahun 2020, adalah tahun 1442H, dimana Allah berfirman bermaksud "Dan janganlah engkau kira bahawasanya Allah lalai dari perbuatan orang-orang zalim.  Sesungguhnya Allah memberi tangguh mereka sampai pada hari di mana mata mereka terbeliak (Melihat beratnya azab)".  Surah Ibrahim (14) ayat (42).  Disebut zalim disini bukan hanya tertumpuh kepada penduduk Malaysia, akan tetapi kepada semua penduduk bumi yang mengkhianati Allah dan menganiayai kehidupan (bukan setakat hanya manusia, meliputi seluruh kehidupan ciptaan Allah, samaada di Alam Nyata (bumi) atau Alam Ghaib (yang tiada kelihatan).

Selepas tumbangnya Kerajaan BN, Malaysia diperintah oleh Kerajaan Baharu (PH).  Namun Khalifah tidak akan menyentuh biar sedikit pun soal POLITK, KUASA atau EKONOMI, kerana semua ini URUSAN PEMIMPIN yang diberi kepercayaan oleh Rakyat sewaktu PRU ke 14 dan menyusul pada tahun 2022 PRU 15, dan Generasi Baharu akan mengundi seawal umur 18 tahun.  Maka Generasi Alap Baharu yang lahir tahun (2000) pada ketika itu, sudah ramai yang layak menggundi.

Apa yang kalian (Rakyat Malaysia) atau kamu (penduduk Dunia) yang selepas ini disebut sebagai KITA, harus WAJIB tahu, bagaimana wajah Malaysia tahun 2020.  Mari KITA renung bersama, walaupun mungkin hanya sebagai suatu MISTERI atau HAYALAN, perlu juga KITA tahu mengenaiNYA (Malaysia 2020).  Pada tahun 1990 dimana Khalifah diangkat ke langit.  Khalifah disajikan dengan pelbagai gambaran mengenai BUMI pada tahun 2020, dan Khalifah tidak terlepas ingin tahu mengenai Malaysia pada tahun 2020.

Sesungguhnya pada perjalanan itu Khalifah ditunjukkan gambaran berlaku di bumi tahu demi tahun hingga ke tahun 2050.  Khalifah juga telah menceritakan bagaimana gambaran Malaysia dan seluruh dunia bermula dari tahun 2014 hingga 2018.

Malaysia tahun 2020, adalah dalam keadaan duka lara (maaf,  Khalifah tidak dizinkan Allah menceritakan maksud duka lara) dan Bumi Malaysia berhadapan dengan pelbagai kejadian Luar Biasa (kejadian Luar Biasa ini juga Allah tidak izin Khalifah menguraikanNYA).  Namun petanda mengenai kedua=dua kejadian itu berlaku, akan mula kelihatan sebaik memasuki tahun 2019 atau seawal selepas Hari Natal tahun 2018.  Kemudiannya Khalifah akan menceritakanNYA setiap hari mengikut izin Allah sebagai memendekkan CERITA "MALATSIA 2020".  Akhir kata sila baca perkara (47:17)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan