Apa yang Aku cuba terangkan disini, hanya lah perkampongan orang-orang SAMA di Daerah
TUARAN (kerana mereka ini majoriti penyokong KERAJAAN). Perkampongan orang SAMA
satu bangsa yang diganti dari perkataan BAJAU. Kerana telah mengelirukan STATUS BAJAU.
YB Sulaman menubuhkan Persatuan Anak-Anak SAMA. Hanya 10 buah kampong yang berada
di Daerah Tuaran, majoriti orang SAMA.
Hakikatnya........walaupun taraf perkampongan orang SAMA di Daerah TUARAN telah dinaik taraf,
namun ada beberapa kemudahan yang terlepas pandang. Seperti Kg. Penimbawan.......? Aku tak nak hurai lebih lanjut, namun sebelum ini pun Aku telah menulis mengenai kemudahan BEKALAN AIR
di Kg. Penimbawan. Hari ini berulnag lagi, bahawa Kg. Penimbawan kekurangan BEKALAN AIR
BERSIH. Sedang jaraknya dari PEKAN TUARAN hanya lebih kurang 10 KM. atau sedikit lebih..?
Keluhan demi keluhan disampaikan kepada pihak berWAJIB, dan Aku sendiri telah pun menulis dalam blog ini pada penghujung tahun 2014. Namun hingga ke hari ini tiada sebarang tindakan
dibuat oleh pihak KERAJAAN. Aku naik PANAS, bilamana tragedi malam semalam, sepatutnya
tidak berlaku, jika YB Sulaman yang membesar di sekitar situ bertindak lebih lama dahulu, menaikan
taraf perhubungan Kg. Penimbawan dengan Kg. Serusop, seterusnya ke Pekan Tuaran.
Aku juga seperti YB Sulaman membesar disitu.......lantas Aku kurang senang jika keadaan tersebut
berlaku dimana Aku mengenali DUNIA. Hari ini AKU lebih BERANI, sebab jika Aku menyampaikan mesej melalu MULUT, tiada siapa yang mahu mendengar. Biarlah tulisan KU ini
menjadi MESEJ yang perlu diambil PERHATIAN..........sebelum menyusul sesuatu yang diluar
JANGKA. YB Sulaman membesar disitu seperti mana AKU. Kita sering mengenali, namun kita
jarang bertemu, lantaran tidak satu haluan (perjuangan). Aku tidak berminat dengan POLITIK.
YB Sulaman sepatutnya menyedari hakikat, bahawa YB Pernah menjadi Pegawai Daerah TUARAN
suatu ketika dahulu, semasa Aku masih dibangku Sekolah.
"Khabarkan kepada Pemimpin (yang telah Rakyat beri Amanah), bahawa sesungguhnya, jangan lah sama sekali kamu menzalim Rakyat yang sangat berharap, bahawa kamu mampu membela nasib mereka, bukan memilih BULU atau hanya menerima pendapat orang-orang yang suka mengampu. Jika tidak kamu akan menerima akibat melihat Bangsa mu tertinggal jauh, dari Bangsa lain. Maka sampai bila lagi kamu berjuang untuk Bangsa Agama dan Tanah Tumpah Dara mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan