Isnin, 27 Ogos 2018

SAYANGI MALAYSIAKU

Kerajaan PH (kerajaan baharu) memilih tema Hari Merdeka tahun 2018 sebagai yang diperkatakan olehTajuk ini.  Namun apa pun, Khalifah ingin bertanya (tak perlu jawapan) kepada PARA PEMIMPIN MALAYSIA (termasuk YAB TUN M dan para menteri dibawahnya), juga seluruh RAKYAT MALAYSIA yang pelbagai KAUM dan AGAMA.

Jika melihat Malaysia hanya melawat KUALA LUMPUR, mahu melihat SABAH, hanya datang Kota Kinabalu, mahu tahu tentang SARAWAK, hanya datang KUCING, mahu tahu mengenai PERAK, datang saja ke IPOH dan begitulah dengan Neger-Negeri lain, hanya datang dimana IBUKOTA. maka TEMA "SAYANGI MALAYSIAKU" hanya SLOGAN KOSONG (Slogan berbau BUSUK POLITIK).

Sayangi Malaysiaku, bukannya mudah, jangan hanya pandai menyanyi, ini untuk makluman pada ARTIS, jangan hanya bijak bercakap untuk para SARJANA, jangan hanya bisa bicara, untuk golongan yang gila politik dan jangan hanya  pintar berpidato, untuk para pemimpin yang tak pernah mengaku silap.

SAYANGI MALAYSIAKU. bukan seperti I AM AMERICAN (ada black & white) WHITE Really American, Black African American. Jika ini berlaku, maka TEMA SAYANGI MALAYSIAKU hanya pandangan KABUR.

Tanya diri anda sendiri sebagai rakyat Malaysia, jika anda berbangsa Melayu, bagaimana anda melihat bangsa lain ? Jika anda beragama Islam, bagaimana anda melihat Agama lain.  Maka bagaimana anda menyayangi Malaysia jika anda hanya melihat perBEDZAAN tanpa melihat PERSAMAAN.

Khalifah amat tidak pernah berbuat demikian, sebab itu, kalian melihat Khalifah seperti berbelah bahagi, padahal khalifah melihat dan hanya mengikut apa yang BENAR-BENAR, BENAR (BBB) BUKAN BIKIN-BIKIN (BBB).  Kedua BBB ini Khalifah telah terangkan terlebih awal dahulu.

Jika Khalifah terlanjur bercakap soal bangsa dan agama, hanya melihat kepada kebenaran, jika Khalifah terlajak berbicara mengenai SABAH, sebab itu sahaja yang Khalifah lihat, tapi kedengaran seperti 'SABAH PESAT MEMBANGUN",  Khalifah bukan hanya melihat Kota Kinabalu, seperti Bung Mokthar, hanya melihat SANDAKAN. tapi Khalifah melihat Sabah dari LONG PASIA hingga masuk ke SOOK, dan sampai melihat ke SIMPANG MENGAYAU (pertemuan dua lautan iaitu China dan sulu).  Perbedzaan memang senintasa ADA, tapI jangan TERLALU KETARA.   dan persamaan tidak semudah dicakap, tapi jangan TERLALU ambil MUDAH, hingga menmdatangkan SUSAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan