Isnin, 6 Ogos 2018

WHAT 100 DAYS MEAN

"Khabarkan kepada manusia dan dunia:  Dan janganlah kamu ikut (campuri) hal yang kamu tidak ketahui (persoalannya).  Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan ditanya,  Dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan berlagak sombong.  Sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi (dengan langkahmu yang sombong itu) dan tidak pula kamu akan menjadi setinggi gunung.  Semua itu adalah kejahatan yang amat dibenci disisi Tuhanmu.  Surah Al-Isra ayat 36 - 38."



Maka dengan yang demikian Khalifah, tidaklah menuduh sesiapa, kerana mengikut perjalanan ISRA tahun 1990, ternyata keadaan BUMI ketika itu penuh dengan GELOMBANG pelbagai macam bencana alam yang Allah tunjukkan kepada Khalifah, atas kesombongan manusia menghuni bumi melata seluruh hamparan bumi.

Jika Khalifah mahu juga terangkan secara jelas keseluruhan jalan cerita, sudah tentu kamu merasa takut, apa lagi melihat telatah Donald Trump yang suka cari Penyakit, sebagai Kuasa Besar yang cuba menakut-nakutkan negara kecil dan membangun.

Donald Trump tidak akan pergi meninggalkan Jawatannya dengan begitu sahaja tanpa meninggalkan NAMA yang akan menjadi SEBUTAN dalam sejarah.  Bukan kah manusia itu mati meninggalkan NAMA....?  Oleh itu, dalam apa juga keadaan Donald Trump akan berbuat apa sahaja yang LUAR BIASA mengatasi pemimpin-pemimpin dunia lain, khasnya para pemimpin America sebelumnya.  Donald Trump bukan sahaja mahu America to be Great Again, malah Donald Trump juga mahu menjadi THE GREATES.

Maka 100 hari itu adalah permulaan bagi yang hidup, dan peringatan bagi yang MATI ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan