Rabu, 15 Ogos 2018

TUN MAHATHIR LEPAS TANGAN

TUN M apabila menjadi PM selepas mengganti Tun Hussien Onn, senintiasa membuat DASAR secara DRASTIK.


 Menyatukan MASA (Sabah, Sarawak dan Semenanjung), Padang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah.  Demikian Tun M, senintasa memahatkan namanya Dalam Sejarah Politik Malaysia.

Maka hari ini, Kerajaan Baharu Kepimpinan Tun M. sekali lagi Tun M membuat dasar yang Khalifah kira sebagai LEPAS TANGAN.  Apa tidaknya, jika dahulu "saya yang menurut perintah" diubahnya kepada "saya yang menjalan AMANAH".  Maka AMANAH itu, perbedzaan maknanya dengan PERINTAH terlalu jauh, umpama langit dan bumi.

Apa bila seseorang kakitangan yang diarah menjalankan tugas, maka tugas itu adalah AMANAH, bila disebut AMANAH merupakan tanggong jawab lebih BERAT kerana menjalankan AMANAH harus bersikap JUJUR, TAAT, ADIL dan BENAR.  Maka sesiapa sahaja yang menandatangani setiap surat dengan perkataan "saya yang menjalankan Amanah", bermaksud bukan arahan sesiapa, tapi atas tanggongjawab sendiri.

Dengan demikian jika sesiapa sahaja dibawah yang diberi KUASA menjalankan TUGAS atas arahan PM, MENTERI, KETUA, PENGARAH, maka mereka yang mengarah ini, akan terlepas tangan, kerana yang mendatangani surat tersebut berbunyi "saya yang menjalankan Amanah".  Mungkin ada yang kurang PASTI, kerana PM juga akan berbuat demikain "saya yang menjalankan amanah"....??? fikir baik-baik.

Perkataan "fikir baik-baik", adalah kerana kebanyakkan kesalahan berlaku disebabkan arahan orang atas, maka jika orang bawah hari ini mendengar arahan orang atas tanpa BERAMANAH, bererti akan menjerat diri sendiri...??? walau hanya Rm1.00 jangan bilang RM 1 ribu atau lebih banyak.  Maka kakitangan kerajaan hari ini kena AMANAH tanpa mendengar arahan orang atasan jika didapati arahan itu satu "JENAYAH" termasuklah RAHSUA atau Salah Guna KUASA.  Mampukah kakitangan kerajaan berbuat demikian, sedang masa bertugas pun disalah guna....??? Belajar erti AMANAH sebelum terjerat dengan Undang-Undang dan DOSA (yang tajuknya khalifah terangkan sebelum ini).

INGAT !!! setiap surat yang anda tangani dengan berbunyi "saya yang menjalankan Amanah", membayangkan anda telah melangkah setapak ke lembah DOSA, jika anda tidak amanah.  Demikian Allah menghantarkan IHLAM dari Langit.  HATI -HATI. !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan