Sabtu, 14 Mac 2020

HASRAT TERAKHIR 12:00 TGH MALAM!

SALAM TERAKHIR:

Suara Kekasih! Ku petik setiap huruf pada :KEYBOARD" sekadar menyampai hasrat hati yang sekian lama terpendam biar pun PARAH, lalu ku amat berharap moga mu cukup mengerti walau sesakit sepedih mana sekali pun? ketahuilah yang segalanya itu adalah KENYATAAN sebagai HAKIKAT sebuah PERCINTAAN TERSIMPUL RAPI.

Kasihku, terimalah kenyataan ini, bukan aku saja melepaskan mu, apa lagi sengaja meninggalkan mu, sedang betapa aku sama sekali tak sanggup menerima kehilangan mu biar hanya sedetik.  Cuma apakan daya segala perancangan ku Allah jualah Maha Penentu.  Mungkinkah "JODOH" antara kita tidak akan berlaku di dunia ini? Namun aku tetap setia hingga ke akhir hayat untuk tidak akan mencintai selain hanya mu seorang.  Namamu akan ku abadikan dalam detik-detik akhir melangkah ke alam barzakh.

Kekasihku, suara ini adalah LUAHAN TERAKHIR andai Allah tidak mengizinkan kita "BERTEMU" empat mata.  Dengarlah kasihku…….nafasku ini sesingkatnya WAKTU MAGHRIB, tak mungkin seperti mu yang begitu Panjang tempoh WAKTUnya ZOHOR! Lalu ketahuilah bahawa antara kita terlalu jauh jarak USIA melangkaui masa untuk HIDUP BERSAMA>>>

Kekasihku, ku telah usahakan sedaya yang termampu untuk cuba menghubungimu semula sebagai memohon MAAF buat kali yang PENGHABISAN, malangnya sebaik aku kehilangan TELEFON (telah dicuri orang) sejak itu aku tiada punya Salinan atau ingat lagi akan NOMBOR TELEFON mu, kerana itu aku memendam RASA sepanjang wakltu.  Bila ku tanya pada SHAM, rupanya dia juga telah delete no. mu.  Pantas aku seperti tiada tujuan lagi dalam meneruskan hala tuju hidup ini, selain hanya membuang masa lapangku membuka peluang pada org lain (anak-anak muda lepasan sekolah) berkejaya dan mendidik mereka membentuk masa depan.


Kekasihku…..besarnya hasratku untuk ingin HIDUP BERSAMA mu biar sesingkat mana sekali pun? tapi aku merasa serba-salah jika dalam waktu yang singkat engkau akan dipanggil (BALU) adalah lebih baik jika mu ku BEBASkan membuat pilihan sezaman denganmu dengan harapan agar mu mampu mengecapi KEBAHAGIAAkasikuN sepanjang hidupmu.  Sungguh aku tak terniat mungkir JANJI? sekali pun segala keputusan ku buat sedikit pun tidak memberi KEGEMBIRAAN PADAKU, namun aku REDAH dan SANGGUP menghadapi SAKIT-MAUNGnya biar sepedih mana sekali pun.


Kekasihku…..MAAFkan aku? buat kali yang PENGHABISAN...…Kasihku, andai kita punya waktu lagi untuk bertemu atau berbicara, anggaplah jua salam ini sebagai SALAM TERAKHIR dari seoarng lelaki TUA yang LUHUR CINTANYA sepertimana diri ini mencintai Allah Maha Satu. Kasihku….. Izinkan NAMAMU jadi sebutan qalamku selagi ada………..rindu, ada waktu ada.hayat di badan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan