Sabtu, 22 Julai 2017

SEMINGGU DI KL (SEMENANJUNG)

CUBIT - CUBIT SAYANG, SINDIR-SINDIR KASIH:.......



Dr. Asmadi:  tahu tak Manan, hari itu kawan kamu beritahu aku, nak pindahkan rawatannya
                       ke SELAYANG, dan minta aku menjadi Dr. Pakar kepadanya.
Manan       :  kalau macam tu eloklah, tapi ada satu hal........entah - entah kawan aku tu suka
                       Sofiah kot, tunang kau tu......sebab hari itu banyak sangat dia mahu tahu tentang
                       Sofiah.
Dr. Asmadi:  mulut kau tu baik-baik Manan, jangan main cakap saja.  Ha.....macam ni, kalau
                       pendapat aku,  kawan kau tu tak punya isteri, dan macik Senan pula tak punya
                       suami.  Kalau macam itu.......aku lebih percaya.
Manan:          Doktor......doctor jangan cakap macam tu.....itu doa tahu...a.aaaaku
Dr.Asmadi:   Gelabah Nampak......ada apa-apa kah Manan
Manan:          Engkau tahukan Dr.......,  Manan berkenan dengan Cik Senna tu.....
Dr. Asmadi:  tahu pun, lain kali jangan main cakap saja, engkau kena kan aku, tapi bila aku
                       kenakan kau.......ah, padan muka.
Manan:          Maaf lah Dr.  sebenarnya Manan gurau saja, tapi tak elokkan gurau-gurau
                       macam tu.......macam salah sangka pula.....
Dr.Asmadi:   tahu tak apa.  Lain kali jangan buat lagi.......aku nak cepat ni.....mana Surat
                       Khabar aku tadi.....?

Demikian sesuatu gelagat gurau senda sering membuat atau menimbulkan sikap salah sangka kepada kebanyakkan Rakyat Malaysia.  Kadang-kadang dalam bergurau, timbul perasaan dendam, cemburu, lagi yang paling berBAHAYA, jika PERCAYA. 

Dalam kita mengamalkan BUDAYA BERMASYARAKAT, KITA KENA JUGA BERWASPADA, kerana terlajak PERAHU boleh diundur, terlajak CAKAP buruk padanya, bah kata petikan dari seorang PUITIS:
1000 kali aku menulis
sekali aku berkata
itu yang diambil HATI..........bermakna, walau pun telah banyak meluahkan dalam tulisan, namun kepercayaannya atau penerimaannya lebih kepada apa yang diCAKAP.



Khamis, 20 Julai 2017

POKOKNYA APA ? lalu TERLAMPAU DIKADANG MENTAH

BISMILLAHI LAHILAHILLAH LAHAULAH WALAKHUATHA HILABILAH, HAMABAK.......
udah kelamrinnya Khalifah mahu kalian mencari POKOKNYA (bermaksud apakah Nama POKOK itu.....?  lalu bagaimana rupa buahnya, rasa buahnya, lebat daunnya, tumbuh suburnya,
beban usianya, malah lebih dari segalanya......?)

Lalu KHALIFAH terus bertanya mengapa TERLAMPAU DIKADANG MENTAH......??  Eloknya, pada ketika kerumitan melampaui BATAS bersusilah, lalu terBAWA-BAWA kepada beber berAGAMA hingga melepasi BATAS WAKTU (yakni mengabaikan yang AFDAL), tidak kah terfikir antara kita, melihat lebih jauh dari pelbagai SUDUT keARIFAN ciptaan ALLAH mengenai pelbagai CIPTAANNYA (ALLAH) melampaui BATAS sekalian ILMU yang ADA pada
diri manusia itu sendiri.

KAPAN kah kalian harus punya waktu yang sepaling BAIK bermuafakat, bukan hanya mencari perSENGKATAAN sambil menonjolkan diri dikhalayak.....???  Sedang diri ini, apa kalian CUKUP mengerti setiap BARIS-BARIS IHLAM ALLAH turunkan melalui Al-Qalam "NUUN" yang tersusun seribu pensembunyian RAHSIA, yang selama waktu berlalu, dikupasi oleh para KIAI juga PARA TABIIN, lalu cuba kamu genggam kedua tapak tangan kamu, lalu buka semula, maka apa yang sebanarnya kalian paling jelas NAMPAK......???  adakah ILMU kalian udah menjangkau ke sana.....???  Jika tidak......bagaimana kalian mengangkat kedua belah tangan terbuka tadi memohon DOA kepada ALLAH.....??? INGAT IHLAM ini berterusan mengejar setiap saat UMUR USIA KALIAN mulai SAAT INI....??> KHALIFAH berdiri paling hadapan menjadi SAKSI.....Insyallah.

Rabu, 19 Julai 2017

RUKUN NEGARA KE 5 VS RUKUN IMAN KE 5

CUBIT-CUBIT SAYANG, SINDIR-SINDIR KASIH:
Senna:  Apa nih Manan, Nampak macam GELISAH aja....
Manan: Oh Senna, nih ah,,,,budak Eman tu, janji dengan aku nak jaga kedai
Senna:  Jaga kedai, kenapa.....?  mengapa pula tiba-tiba suruh budak tu yang jaga kedai
Manan:  Aku nak KLIA, jemput kawan
Senna:  (kehairanan) jemput kawan...kawan dari mana pula tu Manan...?
Manan:  Malaysia juga, dari Kota Kinabalu
Senna:  Lelaki kah perempuan....?
Manan: kamu nih Senna, tak habis-habis mengusik aku.  Lelaki lah, tak kan perempuan
Senna:  Dah khawin kah belum....? 
Manan:  Ini yang buat aku serba salah nak jawab, macam aku
Senna:  bukan apa saja nah tahu, kan elok juga.  Beginilah Manan, kalau awak percaya dengan aku, biar aku yang tolong jaga kedai...?
Manan:  betulkah Senna,,,terima kasih....Aku mestilah percaya...macam aku percayakan diri ku sendiri....kalau macam tu aku jalan dululah nanti terlewat pula
Senna:  Ah Manan, kawan kau tu, tinggal dekat mana nanti....?
Manan:  Senna, senna....tak habis-habis nak tanya. Dia nak tinggal HOTEL, tapi Manan jemput tinggal di rumah..
Senna:  Elok juga tu, boleh lah kenakan dengan kami.....?
Manan: (Garu kepala) aduhai Senna...~~!!!

Situasi cerita diatas mengambatkan citi-ciri Rukun Negara Ke 5 (Kesopanan dan kesusilahan), namun dalam pada itu, harus juga diingat bahawa adakah menjadi AMALAN RAKYAT MALAYSIA seperti MANAN menjemput kawannya tinggal di rumah....???  Lalu apabila kawan Manan tadi tinggal di rumah, sudah tentu SITUASI itu jauh berlainan,,,,apa lagi kawasan rumah Manan itu adalah sebuah Taman Rukun Tetangga......sudah tentu ramailah yang nak tahu tentang kawan Manan itu nanti.......???  Maka akan hadirlah RUKUN IMAN KE 5........???

Selasa, 18 Julai 2017

TAHU DI UNTUNG

Adakah bawa bersama BUAH TANGAN>>>>Jelajah Pantai Barat Sabah? Jangan tersalah TAFSIR? Kami sekadar datang berziarah, andai ada sudi bersapah? Bah kata pepatah jauh dimata
dekat dihati, biar pun terasa pelbagai perisa, namun tetap tabah menghadapi.



Seloka berbudi menyanjung ADAT
bicara pantun seorang pemuda tahu di UNTUNG
dek tahu diri hanya dagang meREMPAT
dimana bumi dipijak disitu langit di JUNJUNG

Pintu terbuka datanglah bertandang
membina Mahaligai puncak harapan
sudah pun DENGAR jangan lagi di PANDANG
RADIO KLASIK juga jadi PILIHAN

Maka disampok kawan duduk sebelah kanan
jika RADIO KLASIK jadi pilihan adakah bawa bersama BUAH TANGAN

Penyanyi bukan penari pun bukan
datangnya hamba hanya berhibur
BUAH TANGAN ada di tangan
cuma tak tahu dengan siapa hendak diHULUR

Demikian adat beradat zaman silam sebagai penyambung SIRATULRAHIM, namun keadaan sedemikian masih ADAkah diamal pada ZAMAN INI.  Demikianlah ZAMAN mengubah kehidupan, ADAT dan BUDAYA.....jangan bilang dalam BERAGAMA, segalanya menjadi tempias oleh perubahan ZAMAN....???

Sebagai Hamba ALLAH hanya tahu di untung, maka hamba hanya mampu berusaha sedaya yang termampu mengubah diri sebelum mengubah disana sini yang tersangat menykitkan HATI.......hati yang terluka......???

Isnin, 17 Julai 2017

RADIO KLASIK (TERBAIK SIARAN RADIO DI MALAYSIA)

MUNGKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA TAK MENYOKONG.....!!! TAK HAIRAN TAK APA, SEBAB RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM DAN AGAMA.




Tapi bagi KHALIFAH, punya sebab tersendiri.........?
Dalam Siaran Pagi (Sajian Pagi):
1)  MOTIVASI PAGI
2)  Cubit-Cubit Manja
3)  GAPURAH Bahasa
4)  Pelbagai INFRO
5)  Lagu-lagu mengamit kenangan
Lalu seterusnya.........
6)  Nasihat Agama sebelum AZAN
7)  Siaran Agama setiap sebelum jam 7.00 malam
8)  Lagu-lagu yang menceritakan tentang Filem-filem Melayu
9)  Lagu-lagu Klasik Antarabangsa
10) Doa Penutup Siaran
11)Lagu Negara KU.

Khalifah tak nak hurai lebih panjang, takut Rakyat Malaysia salah faham.....namun jika kita yang DUDUK diBUMI sebelah TIMUR dan terus-menerus mendengar Radia Klasik, kita tidak akan terperdaya oleh BARAT dan SELATAN......Bagaimana pula UTARA.....??? yang ini jangan Tanya.?

Cuma Khalifah agak sedikit TERKILAN, bilamana Khalifah Cuba Gabungkan segala maklumat yang Khalifah dengar dari Radio Klasik, selalu disalah ERTI....umpama jika Khalifah memutarkan lagu-lagu yang telah diputar oleh Juruhebah Radio Klasik, seolah-olah semacam ada yang tak kena....???
jika Khlifah menggunakan Perkataan GAPURAH Bahasa yang Khalifah dengar dari Radio Klasik, seolah-olah seperti mempunyai makusd yang berlainan.....???  Jika Khalifah meniru gaya Cubit-Cubit Manja dengan gaya Khalifah tersendiri, juga semacam ada yang tidak kena......???

Apalagi jika Khalifah meminati JURUHRBAH RADIO KLASIK.....semacam seperti tiada lagi insan lain selain JURUHEBAH RADIO KLASIK......???  Kenapa ini terjadi hanya kepada Khalifah....??? Salahkah Khalifah meminati Siti Nurhaliza Isteri Datok K.....lantaran Suara dan setiap Lagu-lagu SITI menyentuh Perasaan Khalifah.....kerana liriknya penuh berERTI.  Umpama Hati Kama....???
atau Biarlah Rahsia......???

Maka demikian juga JURUHEBAH RADIO KLASIK, samaada LELAKI atau PEREMPUAN mereka mempunyai cara penyampaian tersendiri (tidak meniru Gaya Juruhebah dari Radio lain)....lagi-lagi mereka mempunyai Bunyi Suara yang Lunak, Merdu dan juga sepontan.....???

Sedang Khalifah juga mempunyai MIRIP perjuangan seperti Radio Klasik yang masih berpegang pada BUDI dan Bahasa......yang membuat Khalifah tersasul sedikit Bahasa apabila mengatakan tentang Perintah Allah.....???  PERJUANGAN dan DOA itulah pendekatan yang Khalifah sering ambil dalam BLOG ini.....???

Ahad, 16 Julai 2017

ISNIN TANGGAL 17.7.17

17 (No. Surah Al-Isra - Perjalanan di malam hari) dan pada satu malam tahun 1990 dimana Khalifah melalui satu perjalanan semasa diangkat ke langit, Khalifah dibacakan maksud ayat 7 pada Surah Al-Isra yang bunyi maksudnya  "Dan jika kamu (yakni Bani Israil) berbuat kebaikkan, maka kamu berbuat kebaikkan untuk diri kamu sendiri.  Dan jika kamu berbuat Jahat, maka kamu sendiri yang akan menderita.  Dan apabila datang JANJI (hukuman azab) yang kedua (yakni KAMI kirimkan musuh-musuh kamu) yang akan menjadikan kamu bermuram durja dan mereka (yakni Bani Israil) masuk ke dalam MASJID (sebagaimana mereka masuk pertama kali, dan agar mereka hancur leburkan apa sahaja yang dapat mereka kuasai.

Gambar hanya sebagai KIASAN!

Sedang sebelum ini Khalifah juga pernah menyentuh tentang Surah Al-Isra ayat 17 yang bunyi maksudnya, " berapa banyak keturunan (generasi) sesudah Nuh yang KAMI binasakan.  Dan cukuplah Tuhan mu Maha Mengetahui dan Maha Melihat (dosa-dosa hambaNya).

Sesungguhnya pada Kitab Taurat, Bani Israil telah pun ketahui, bahawa mereka akan diaxab oleh Allah DUA KALI, dan kali pertama itu, Allah menghantarkan bala tentera membantu mereka menewaskan musuh-musuh mereka, lalu mereka mencapai kemenangan (bermaksud kemenangan itulah membuat mereka semangkin menjadi ANGKUH hingga mereka menjadi lupa dan lalai, bahawa sesungguhnya kemenangan itu merupakan suatu AZAB yang memungkin kepada mereka akan menerima AZAB kedua (lalu AZAB kedua itu mereka akan mamasuki MASJID dan memusnahkan segala apa yang mereka mahu KUASAI.

Maka ini lah yang mereka mahu lakukan, kerana mahu melihat apakah akan turun AZAB keatas mereka dengan memasuki Masjid (atau menghancurkan Masjid) Umat Islam.  Pada masa yang sama, kemusnahan Masjid selalu menjadi sebahagian STRATEGI musuh-musuh ISLAM mahu tahu tentang KEBANGKITAN AL_MAHDI.

Maka mereke (yakni Bani Israil) juga amat tahu bahawa UMAT ISLAM akan berpecah-belah, dengan sebab itu mereka tak pernah TAKUT, mahu pun berunding, lalu mereka dengan ANGKUH berkata, "mereka hanya takut kepada Umat Islam, apabila Solat SUBUH itu menyamai Solat Jumaat.  Kapan ini (solat SUBUH menyamai Solat Jumaay) akan berlaku.....maka selagi itu belum berlaku seumpama itulah mereka akan terus-menerus tidak akan takut dengan Umat Islam.

Sedang PM Malaysia mengutuk (Israil) namun Rakyat *Umat Islam" Malaysia dalam keadaan berpecah belah (apakah ERTI SEMUA INI), sedang BUMI ARAB SENINTASA BERGOLAK.  Maka semua itu salah SIAPA...??? demikian UMAT ISLAM dikaca mata DUNIA, tiada yang menjanjikan kedamaian dan keharmonian, yang diperjuangkan oleh Agama Islam SEBENAR.
OIC hanya sebuah PERTUBUHAN yang seperti DICUCUK HIDUNG, sama juga dengan UN.

Jumaat, 14 Julai 2017

JANGAN CARI LAGI (SEPERTI TAK PERNAH ADA/HADIR)

D A H U L U - DAHULU KALA


nada cinta bergema tanpa henti
qalam kasih saying penuh makna
niat terluah terang dan jelas
malah jodoh hampir ketemu
namun segalanya terbiar
tak terlayan
tak tersentuh
tak dipandang
malah dipermainkan
ditertawakan
diejek didustai
dianggap gurau senda

K I N I - DAN KINI DEMI MASA

nada cinta dah tiada
qalam kasih saying telah punah
niat hilang tak lagi terasa
jodoh anak lebih utama (kini dah dapat pula...syukur, semalam dah akad nikah)
namun segalanya antara mereka berdua sahaja
tak tahu macam mana
hubungan dua BENUA
HARAPAN KHALIFAH KEKAL SELAMA
ALHAMDULLIAH..........AMIN.

Khamis, 13 Julai 2017

JANGAN TURUT KATA HATI (POLITIK)

HAQ QAA bukan bikin bikin, sedarlah kamu wahai para pemimpin SABAH (MALAYSIA dan DUNIA) KHALIFAH telah lama melihat gelagat dan tindak tanduk kamu, malah ALLAH telah teramat MURKA dengan SIKAP kamu yang tak HABIS HABIS HINA MENGHINA. sedang yang kamu HINA itu kawan kamu sepermainan ketika kamu sehaluan.  Apakah membuat kamu tidak sehaluan sekarang ini.....???  TAMAK, KUASA, RAKUS, EGO dan yang paling JELEK ialah mementingkan DIRI SENDIRI.....??? (gambar hanya sebagai HIASAN) Kisah dulu dan sekarang?
                                         mengimbau suatu masa dulu

Apakah sama dengan hari ini?  Jika dulu PH Dipimpin Oleh Tun Mahathir dan hari ini dipimpin oleh ANWAR IBRAHIM dengan timbalannya dari UMNO dan Sarawak. (gambar)

Beberapa hari dari bermula minggu lalu masuk hari pertama minggu ini hujan berterusan melanda Negeri Sabah termasuk Ibu Kotanya (KOTA KINABALU). Maka Khalifah pun secara sengaja mahu ke Kota Kinabalu konon nak tengok perkembangan terkini?
  
Pagi tadi KHALIFAH sengaja NAIK BAS ke Bandar KK...nah tahu kisah BENAR.....??? rupanya perhentian BAS di Bandar KK berselerak....???  Lalu Khalifah Tanya, sejak bila jadi begini....?
Pemandu Bas dan Tuan Punya Syarikat Bas menjawab.  TANYA MUSA AMAN dan DATUK BANDAR....??> lain sangat bunyi jawapan mereka.  Lalu Khalifah Tanya lagi....Bangunan itu bukankah Perhentian Bas Baru....??> itu juga bukan untuk kami, tapi untuk Syarikat BESAR MUSA AMAN dan KUNCU-KUNCUNYA.....???  Lagi BUNYINYA PANAS......??? Bagaimana pendapat Ketua Menteri Sabah yang Baharu (YAB Datuk Hajij Md. Nor)?

Lalu Khalifah melewati PASAR BESAR KK, Khalifah mendengar dua orang bertelaga....
Engkau komplan aku banyak lessen, tapi aku guna sendiri, yang awak banyak lessen kasih sewa sama orang...lagi-lagi bukan orang tempatan.....??? kalau aku komplan sama kau, kau pakai orang dalam, hentam sama kami.....???  Apalah nahasanya perjalanan Khalifah pagi ini.....??? kalau Khalifah duduk rumah Khalifah tak dengar masalah ini berlaku di KK. Bagaimana Pendapat Datuk Bandar yang Baharu?

Lalu Khalifah mendapatkan TEKSI mahu pulang.  Dalam perjalanan,  pemadu TEKSI pula merunggut......kata Pemandu TEKSI....KK sekarang ini kasih mati sama kami.....itu kereta sapu ada dimana-mana....lagi-lagi kebanyakkan mereka tiada lessen memandu.....tapi pihak berkuasa tutup mata sahaja melihat mereka.....???  ADUHAI KK, rupanya selama ini KK Khalifah anggap paling BERSIH.....rupanya banyak KUTU SAMPAH.....??? Aduh!!! Seksanya perjalanan hari pagi ini>>>>Mengimbau suatu masa dulu bedzanya dengan sekarang?

Rabu, 12 Julai 2017

GERAK GEMPUR HAQ QAA

"Bismillahi Allah Uh Haq Allah uh Hakkam Allah QAA Al-Malikul akulmubin.....Amin".
Sesungguhnya jika Manusia berkata bahawa manusia punya KERAJAAN dan Negeri dan Negara, maka Allah QAA juga punya KERAJAAN SEGENAP ALAM (termasuk Alam Maya, Alam Kubur, Alam Ghaib, Alam Malakut, Alam Rahim dan ALAMIN, yakni sekalian ALAM)
yang demikian jika KERAJAAN MANUSIA mengakui punya Harta Tanah, maka ALLAH QAA ada BUMI serta segala ISINYA, yang demikian jangan lah kamu hai manusia berlagak sombong dengan HASIL MINYAK, HASIL KOKO, HASIL KELAPA SAWIT,

HASIL BIJIH TIMAH dan segala apa yang datang dari dalam BUMI atau atas BUMI.


Lalu KHALIFAH menyusur Jalan SULAMAN, Tanah-Tanah ynag dahulunya milik anak BUMI atas GERAN NT..kini dah tukar tangan jadi GERAN LA atau TL, lalu KHALIFAH meneruskan perjalanan sepanjang Jalan Kota Belud, keadaannya juga SAMA (bukan Bajau),
dan pemimpin yang paling Lantang Bersuara di KL kedua-dua lahir dari kawasan tersebut.

Bagaimana perasaan KAMU (hai PEMIMPIN yang terlalu BIJAK Dinegeri orang, lalu jadi
TIKUS BASAH dinegeri sendiri), termasuk KM (Ketua Kamu yang duduk senang lenang 15 tahun tanpa dicabar) sama manis SENYUMnya seperti SENYUMAN PM. (PM SENYUM ADA MAKSUD) DIA SENYUM ADALAH TU.....???

Isnin, 10 Julai 2017

ISTILAH PERIBAHASA BARU PART II

"KALAU NAK DAPAT IKAN BESAR, KENA TAHU JENIS UMPANNYA"  demikian bisik seorang kontraktor yang mendapat PROJEK LUMAYAN, ketika aku mendekatinya bertanya sebagai seorang yang BODOH.  Lalu disokong oleh kawanya....."saya juga sangat setuju, sebab itu saya boleh (mampu) berbelanja BESAR". Aku hanya tersenym lebar, meski pun perut terasa KOSONG.

Demikian cerita pada Rumah Terbuka Hari Raya (YB) yang aku hadiri, yang tidak kecukupan makanan......"inilah akibatnya jika kurang penaja" kata seorang kontraktor yang berkata kalau nak dapat ikan BESAR kena tahu jenis UMPANNYA.

Dia pun berterus terang, bagaimana dia membayari Rumah terbuka Hari Raya seorang hanya berkedudukan sebagai PKR dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 10 ribu, dengan janji akan mendapat PROJEK BESAR.  TERNYATA JANJI ITU BERHASIL.  bagaimana jika tidak berhasil......???  Lalu sampok kawannya, dia juga telah menaja PAKEJ PELANCONGAN untuk beberapa keluarga YB, lalu mendapat PROJEK BESAR.....namun tidak dinyatakan berapa banyak kah perbelanjaan TAJAAN itu.

Aku menulis ini sebagaimana aku menerangkan kepada RAKYAT jelata, agar senintasa berjaga-jaga melihat kekayaan seseorang yang tidak sepadan dengan GAYA HIDUPnya supaya jangan menjadi MANGSA sebagai UMPAN.  UMPANnya ialah berbuat sebaik-baik mungkin kepada Penduduk Kampong, agar sokongan penduduk kampong tersebut menjadi batu loncatan kepadanya mendapat kedudukkan (tempat dihati para YB) inilah yang cuba dilakukan oleh beberapa kontraktor agar senintasa mendapat projek kampong.  Akhirnya projek itu tunggang langgang (tidak semporna) lalu tiada yang BERANI membuka mulut.

Ahad, 9 Julai 2017

ISTILAH PERIBAHASA BARU

Tindakan Dr. Akmal seumpama tiada KASUT, pakai kasut orang>>>>Fikir dan renung? Peribahasa Orang Sabahan:


Dr.Akmal bertindak seperti dirinya (PDRM) Hakim dan Pegawai Agama, sehingga bertindak melebihi batas, pakai KASUT orang.

Apakah kerana peribahasa baharu ini membuat Negeri Sabah terlalu banyak masalah?  Jika dulu masalah PROJEK IC SABAH, Terkini pula masalah API, AIR dan dengar-dengar semua Station Minyak Shell yang beroperasi di Sabah akan ditutup sepenuhnya tahun hadapan?


Demikian apa yang heboh diperkatakan oleh ramai Rakyat Sabah hari ini, dan mendapat ulasan dari
Ketua Menteri Sabah bahawa sitausi itu masih dalam perundingan.

"Kalau kau tiada KASUT.....
gambar hanya HIASAN!


jangan cuba pakai (masuk) KASUT orang" 
Demikian kata seorang kakitangan kerajaan.....?  Tahukah kamu apakah maksud ISTILAH tersebut.....???

Jika kerja kakitangan Kesihatan, jangan cuba ikut campur kerja kakitangan DBKK, atau jika kerja kakitangan Imegerisen jangan cuba ikut campur kerja kakitangan Penguat kuasa lain
walaupun tujuannya ada kaitan antara satu sama lain.....?  Maksud disini, jika ada kerja kakitangan jabatan lain tak sempurna, maka kerja kakitangan jabatan lain jangan ikut campur.....makna lain TUTUP MULUT....!!!

Makanya terjadilah pelbagai kepincangan yang diterima oleh RAKYAT.....???  INIlah banyak berlaku dibeberapa kawasan di NEGERI SABAH.....hingga beberapa PROJEK terumbang-ambing ditinggalkan atau diketepikan begitu sahaja.....bukan tuduhan tapi REALITY....???

Dalam Hal ini...yang jadi MANGSA......??? Kakitangan Bawahan......sedang orang ATASAN MAKAN BESAR (makan segala isi) kakitangan Bawahan hanya sisa-sisa (itu pun kalau ADA) kalau tiada DIAM sajalah......Apa boleh buat gaman.....???  Yang banyak makan besar YANG BESAR (YB) lah.....?

Sabtu, 8 Julai 2017

HAQ QAA SOLAT TAHAJJUD 8 RAAKAT

"Khabarkan kepada Dunia dan Manusia, sesungguhnya HAQ QAA sedang menyusun langkah mula bergerak ke pelusuk DUNIA.  BERJAGA-JAGA !!!. "

"Hai orang-orang beriman, mintalah kepada ALLAH dengan SABAR dan dirikan SOLAT,
sesungguhnya ALLAH itu senintasa bersama orang-orang yang SABAR"

INGAT !!! selepas ini KHALIFAH tiada lagi mungkin berurusan di ALAM MAYA, kecuali
SAAT ITU telah BENAR BENAR,  BENAR ???  Sesungguhnya KHALIFAH SAAT INI sedang diperintahkan oleh ALLAH berISTIQAF memohon dan berdoa sebagai membuka HATI semua Umat Muhammad agar melihat yang HAQ QAA sedang berhadapan dengan manusia dan DUNIA.  Salam sejethera untuk KALIAN (segalanya).

Jumaat, 7 Julai 2017

HOW OUT QQQ ON LINE ???

How about Qatar Fifa World Cup 2022? Sesungguhnya kehadiran Yajuj dan Majuj ke bumi Qatar melihat betapa sebenarnya ISLAM itu INDAH dan DAMAI? Tidak seperti digambarkan oleh America dan 5 buah Negara membenci Islam? 


QQQ mendepani Covid19 tidak bermaksud Qada Qadar Qalam! dan tidak juga Al-Qiyamah iaitu surah 75 pada Al-Quran yang mempunyai 40 ayat. Dan Surah Al-QAARIAH 11 ayat.


Sebenarnya QQQ yang di IHLAMKAN ALLAH cara mendepani COVID19 berbunyi QALA itu Sifat QALIMUNAL itu Rezeki/nikmat/hasil QALBI itu Kejadian/Asal/Usul.

Kalain masih Ingat bagaimana QQQ suatu waktu dulu bermaksud......."QQQ (Qadak Qadar Qiamah)  All right.? How about QQQ (Qatar Quarrel Query) now they said  everything RIGHT.?  Sesunggunhya, apabila Allah menerangkan tentang QQQ, adalah sebahagian dari Rukun Iman, namun apabila BUMi QATAR bergolak, pertanyaan pertama...Siapakah perancang pemberi IDEA tersebut, sedang Imam YUSUF diiktirafkan oleh Malaysia seorang TOKOH Maahal hijrah. Lalu bagaiimana pula jika Imam Al-Mahdi datang samaada dari INDONESIA atau Malaysia (adakah Negara Arab bisa Terima) sedang setiap Pemimpin Islam yang Bangkit bukan dari kalangan orang kerajaan atau politik akan dianggap sebagai penyokong keganasan....apabila tidak sependapat dengan pihak berkuasa atau kerajaam."
Dunia hari ini, hampir kehilangan setiap pemimpin Islam yang Lantang Bersuara, malah Dr. Zakir Naik pun hampir tersangkut.....?  Apa lagi jika mahu mengaku Imam Al-Mahdi....?  Malah diri KHALIFAH pun jika terus berSUARA LANTANG menegakkan kebenaran (bagi mereka itu bukan benar) hanya mengugat kedudukkan mereka.....entah-entah akan masuk dalam senarai orang-orang yang menyokong pengganas......???  Jika demikian halnya......maka UMAT ISLAM bersedialah masuk dalam JERAT PERANGKAP....?
Namun diakhir kata-kata KHALIFAH.....Nabi Isa akan diturunkan oleh ALLAH sebaik sampai SAAT ITU, sebagai mengatakan bahawa ISLAM ADALAH AGAMA BENAR (ALLAH)....AMIN.

"KHABARKAN KEPADA DUNIA, JIKA MEREKA MAHU BERMAIN POLITIK, JANGAN BERMAIN POLITIK MENGGUNAKAN ISU AGAMA.  SEMANGKIN BANYAK MANUSIA HARI INI, MENYEBUT AGAMA DALAM POLTITK MEREKA SEBAGAI MENARIK SOKONGAN, SEDANG APABILA MEREKA BERADA DIATAS. MEREKA LUPA JANJI-JANJI MEREKA.  MALAH PERBUATAN MEREKA ITU MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH."

Selasa, 4 Julai 2017

BUKAN BIKIN BIKIN (BBB)

"KHABARKAN KEPADA DUNIA DAN MANUSIA, BAHAWA SESUNGGUHNYA ENGKAU KAMI JADIKAN KHALIFAH BUKAN BIKIN-BIKIN, BAHKAN NANTINYA BENAR-BENAR
BERLAKU, SEBAGAIMANA KAMI MENGATURKAN BENCANA BUMI BENUA DENGAN KETETAPAN KAMI." Lalu fikirkan BUKAN bukan sekadar nama TEMPAT tapi mempunyai makna yang LAIN? gambar sekadar HIASAN!



Demikian Kami lontarkan sebutir PASIR bisa jadi PANTAI, lalu datang OMBAK berhempas-polas memukul pantai, namun PASIR TETAP tak mahu berubah.  Lalu Kami tiupkan sang BAYU, lalu Kami datangkan BANJIR, lalu Kami BISIKKAN (IHLAMkan) kepada Khalifah Kami mengenai beberapa perkara tentang BAHAYA BENCANA BAYU dan BANJIR.

BUMI BERGONCANG dengan GEMPA, Bukit RUNTUH menyembah BUMI. lalu BUMI merontah dan memuntahkan Tanah Lumpur, lalu setiap hembusan Bayu itu turunnya Hujan, lalu HANYUT segala harta benda dibawa BANJIR, maka itulah HUKUM ALLAH, kerana Allah Maha HAKKAM dan Maha Hakim dan Maha Hafiiz (masih ada belas kasihan melindungi mereka dari kemusnahan terus).  Bahkan hembusan Bayu itu pembawa ANGIN PUTING BELIUNG......kenapa mereka tidak memohon kepada PEMIMPIN mereka menghentikannya.....?  Maka berkata Allah, Engkau sepertimana Engkau Sembah, mereka sepertimana mereka sembah.  Lalu Allah bertanya, Perbuatan siapakah semua ini, hingga mendatangkan BENCANA kepada BUMI dan BENUA tempat Kamu tinggal ?

Maka mereka BEGITU BIJAK BIKIN BIKIN tapi mereka BODOH BUAT BAIKI (menjadikan sepertimana mulanya (asalnya)).  Demikianlah manusia BIJAK BUAT BODOH
dengan ilmu mereka, kononnya mengetahui sergala-galanya, hingga lupa kepada Maha Pencipta.

Ahad, 2 Julai 2017

ZAMAN ZURIAT ZAT

Zaman ini seperti disebut sebagai AKHIR ZAMAN, demikian ramai berpendapat.  Lalu apakah jawapan mengenai Akhir Zaman.....?  Sudah tentu ramai ingin tahu, apakah pengisian Akhir zaman itu tidak seperti Zaman Batu, lalu Zaman Modern, lalu kini Zaman Sains dan Teknologi, pada masa yang sama disebut juga sebagai Akhir Zaman.....?

Zuriat pula adalah Generasi masa kini atau akan datang....?  Juga Zaman ini, juga Akhir Zaman...?
Apakah mereka sama seperti manusia Zaman Batu, manusia Zaman Morden atau Manusia Zaman Sains dan Teknologi.....?  Atau mereka ini seperti ALIEN, yang dipenuhi oleh pelbagai kebimbangan hingga mereka menjadi MANIAC atau STRESS atau Pembawa Kebinasaan.....?

Zat pula merupakan sesuatu kekuatan dari Allah, bukan sekadar zar dalam makanan.  Zat datang dari Allah itu, lebuh UTAMA pada menghidupkan ZURIAT masa kini dan Akhir Zaman, apabila mereka kekuranga zat dalam makanan (yang hari ini dipenuhi keracunan)....?

Ketiga-tiga FAKTOR tadi membuat DUNIA merasa GELISAH hari ini,  apabila ZURIAT masa kini, seakan-akan tenggelam oleh ARUS GELOMBANG SAINS dan TEKNOLOGI.....bimbang dengan HAL ini, membayangkan AKHIR ZAMAN sememangnya benar-benar terjadi.....?  Apalagi ZAT ALLAH seperti tidak meresap lagi dalam jiwa ZURIAT masa kini....lantaran kesibukkan ibu bapa mengejar keperluan hidup dan duniawi....?


KAWAN SAHABAT TEMAN SAUDARA

ASSALAM MUALAIKUM WAH RAHMAT TULAHI WAH BARKATU....BISMILLAHI TAWAKALTU LAHHAULAH WALAKUAHTHA ILAHBILAH......AMIN


.
Masih lagi beraya......SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN......KEPADA PARA KAWAN SAHABAT TEMAN DAN SAUDARA, MOGA RAMADAN YANG LEPAS MENJADIKAN DIRI KITA SEMUA BERUBAH MENCARI KEBENARAN DALAM MENERUSKAN KESINAMBUNGAN HIDUP SELANJUTNYA.....MOGA DIPANJANGN USIA DAN DIPERMUDAHAN SEGALA REZEKI.

Adakah Khalifah JAUHARI atau hanya sekadar datang tidak berjemput, pergi tiada berhantar, apa pun demikian Bahasa Mengenal Diri Kita Siapa,,,,,TERIMA KASIH banyak-banyak kepada SEMUA JURUHEBAH RTM (Setia bersama mu dan Mengamit Kenangan) juga kepada DBP kerana menyampaikan pelbagai BAHASA dalam Rancangan GAPURA siaran Radio Klasik.  Khalifah berharap agar SEMUA RAKYAT MALAYSIA dapat membawa MESSAGE kepada DUNIA bahawa BAHASA Malaysia juga tiada kurang HEBATNYA, sama seperti RAKYATNYA seumpama AIR YANG JERNIH. IKANNYA  JINAK.....?

Kawan Sahabat Teman Saudara..........
Walau di BUMI mana kita berada, walau di BENUA mana kita berpijak, walau apa pun BANGSA kita, itu semua bukan HALANGAN untuk kita berKawan berSahabat, berTeman berSaudara, apa lagi jika kita berAGAMA, walau apa pun Agama kita.....kita akan tetap berSAMA dan seIRING meneruskan keHIDUPAN, agar HIDUP dalam Suasana AMAN DAMAI dan HARMONI..lantaran
semua Agama mendidik penganutnya berbuat BAIK, kecuali Agama SESAT.  Moga pertemuan kita KALI ini membawa HASIL yang lebih BAIK dari hari-hari sebelumnya.

SELAMAT HARI RAYA DAN TERIMA KASIH...........

#PHASE2 DUNIA HARI INI:

"STAY AT HOME" itulah Message MY PM mengenai #PKP!!! Maka apa yang hanya menjadi hiburan kepada diri ini tiada lain selain hanya RADIO KLASIK tiada yang KLASIK selagi ada RADIO KLASIK.....Cintaku SATU-SATUNYA!!!!! Rafeah Buang! Dan sekali aku jatuh cinta, cintaku SATU? Nasser Wahab...  kedua-dua penyanyi ini telah pun meninggalkan kita…..Al-Fatihah untuk mereka berdua.  AMIN.