Isnin, 10 Julai 2017

ISTILAH PERIBAHASA BARU PART II

"KALAU NAK DAPAT IKAN BESAR, KENA TAHU JENIS UMPANNYA"  demikian bisik seorang kontraktor yang mendapat PROJEK LUMAYAN, ketika aku mendekatinya bertanya sebagai seorang yang BODOH.  Lalu disokong oleh kawanya....."saya juga sangat setuju, sebab itu saya boleh (mampu) berbelanja BESAR". Aku hanya tersenym lebar, meski pun perut terasa KOSONG.

Demikian cerita pada Rumah Terbuka Hari Raya (YB) yang aku hadiri, yang tidak kecukupan makanan......"inilah akibatnya jika kurang penaja" kata seorang kontraktor yang berkata kalau nak dapat ikan BESAR kena tahu jenis UMPANNYA.

Dia pun berterus terang, bagaimana dia membayari Rumah terbuka Hari Raya seorang hanya berkedudukan sebagai PKR dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 10 ribu, dengan janji akan mendapat PROJEK BESAR.  TERNYATA JANJI ITU BERHASIL.  bagaimana jika tidak berhasil......???  Lalu sampok kawannya, dia juga telah menaja PAKEJ PELANCONGAN untuk beberapa keluarga YB, lalu mendapat PROJEK BESAR.....namun tidak dinyatakan berapa banyak kah perbelanjaan TAJAAN itu.

Aku menulis ini sebagaimana aku menerangkan kepada RAKYAT jelata, agar senintasa berjaga-jaga melihat kekayaan seseorang yang tidak sepadan dengan GAYA HIDUPnya supaya jangan menjadi MANGSA sebagai UMPAN.  UMPANnya ialah berbuat sebaik-baik mungkin kepada Penduduk Kampong, agar sokongan penduduk kampong tersebut menjadi batu loncatan kepadanya mendapat kedudukkan (tempat dihati para YB) inilah yang cuba dilakukan oleh beberapa kontraktor agar senintasa mendapat projek kampong.  Akhirnya projek itu tunggang langgang (tidak semporna) lalu tiada yang BERANI membuka mulut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan