Ahad, 31 Januari 2016

Antara Agenda Persidangan (Lanjutan)

Semalam Aku kembali lewat tengah malam.  Hari ini selepas Solat Zohor Aku akan kembali pergi ke Puncak Gunung Kunabalu

 Persidangan bersambong hari ini yang dihadiri oleh kaum para jin, mengikut satu kelahiran baharu Al-Quran Surah Al-Hajj (22) ayat 5..  lalu terpaksa dikawal rapi oleh 44 Malaikat dengan 10 Malaikat Utama menjadi pemerhati.  Persidangan diPengerusikan oleh Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, lantaran kaum para jin amat kagum dengan keupayahan Abdul Kadir Al-Jailani, yang para kaum jin anggap menyamai Ilmu Nabi Allah Sulaiman.

Kaum jin amat ganas, apa lagi mereka berpuak-puak, tidak seperti para Wali Allah yang sentiasa
berdiri teguh dalam Satu Barisam.  Sebab itu para Malaikat turun mengawal keadaan.  Sikap jin
Afrit yang angkuh dan sering membuat bantahan (walaupun tiada kuasa VETO) selalu membuat
persidangan kucar-kacir.  Namun ketenangan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani mengawal keadaan,
membuat jin Afrit lemah tidak bermaya.

Aku diamanatkan menyampai agenda persidangan hari ini yang sebahagianya telah pun ditetapkan
mengenai tarikh-tarikh yang dipersetujui bersama oleh Para Wali Allah.  Antara Agenda Utama
Hari ini dibentangkan, adalah USUL AFRIT mengenai DAJJAL dan kuncu-kuncunya.

Dimana Dajjal dan bila Dajjal akan muncul......................dibahaskan selepas Solat Asar
Siapakah Yajuj dan Majuj dan bilakah kehadiranya.........dibahaskan Selepas Solat Isyak
Siapakan Imam Al-Mahdi................................................. Usul disuarakan oleh jin Angkasa
                                                                                           (mengwakili para jin ISLAM)
Bagaimana dengan Nabi Allah Isa.....................................Usul disuarakan oleh jin Bumi
                                                                                            (mengwakili para jin yang BERAGAMA)

Moga dengan apa yang Aku sampaikan ini, akan menjadi bahan fikiran untuk direnungkan oleh
kalian sebagai pedoman menjalani hidup seharian.  Persidangan ini akan berakhir pada Hari Rabu,
Insyallah sekembalinya Aku nanti, sudah pasti, Aku akan memberi penjelasan, mana-mana yang
dizinkan untuk pengetahuan kalian.

Salam Bahagia, moga kalian sihat walafiat hendaknya..........wahbilah hitaufik.......walhidayah..........
Assalam..........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan