Sabtu, 4 Februari 2017

APA DAN SIAPA YANG SPECIAL DI DUNIA INI

TAJUK DI ATAS MENERANGKAN KEPADA MANUSIA TENTANG DUA SOALAN YANG MUNGKIN MANUSIA TERSANGAT HENDAK MENCARINYA.

Foto hanya sebagai HIASAN cuma.

"Tanya manusia itu, apa yang mereka mahu sangat didunia ini, sehingga mereka saling bermusuhan dan berselisih pendapat.  Apa yang tersangat ISTEMEWA,  dan siapa pula yang tersangat ISTEMEWA."

"Allah jadikan manusia itu berbangsa-bangsa, supaya mereka berfikir, sedang tiada satu bangsa pun diDUNIA ini yang ISTEMEWA,  termasuk yang menganggap BANGSA MEREKA ISTEMEWA......Bangsa yang Istemewa adalah bangsa yang tiada seorang pun diantara mereka melakukan dosa dengan melanggar PERINTAH ALLAH."

"Allah jadikan BUMI ini berbentuk-bentuk dan berpisah-pisah dengan bukit-bukau dan gunung-ganang, lautan dan sungai, bagi memudahlan manusia mencari REZEKI, lalu mereka tinggal disana (maka itulah NEGARA MEREKA), namun tiada sebuah NEGARA pun di DUNIA ini yang ISTEMEWA, kecuali yang ALLAH telah sebutkan Namanya Dalam Kitab Allah Al-Quran.  Maka jika tiadalah nama itu Allah sebutkan, janganlah pula manusia mamandai-mandai bahawa Negara mereka Istemewa."

"Jika ada juga dikalngan MANUSIA menganggap dirinya terlalu ISTEMEWA, sedang Allah tiada sedikit pun menyebut namanya dalam Al-Quran, janganlah berlagak SOMBONG."

"Khabarkan kepada manusia, DUNIA yang tempat NEGARA mereka berada di Muka BUMI ini, hanya dengan mudah bagi ALLAH  membinasakannya, maka janganlah mereka berlagak ANGKUH......sedang mereka itu lahir dalam keadaan telanjang, pakaian mereka yang mereka pakai datangnya dari kapas dan kulit binatang, itu pun bukan milik mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan