Rabu, 27 November 2019

APA GUNANYA RUKUN NEGARA???

Masih wujudkah Rukun Negara ke4 (Kedaulatan Undang-Undang) sebaik Penghakiman Semula Kes SRC Najib Razak diTOLAK dengan keputusan 4-1?


Apapun Keputusan Mahkamah Rayuan keatas Najib Razak ternyata masih adalah peluang ke 2 di Mahkamah Persekutuan? Apa juga keputusan nantinya di Mahkamah Persekutuan akan menentukan adakah masih WUJUD RUKUN NEGARA Ke4 (KEDAULATAN UNDANG-UNDANG) di sebuah Negara Bernama MALAYSIA?


Hari ini apa telah terjadi dengan SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA telah ternyata JELAS DUA DARJAT!  Apa tidaknya mereka para VIP hari ini lepas bebas kesana-sini biarpun mempunyai KES MAHKAMAH! Ada lagi mendapat Jawatan Dalam Pentadbiran Kerajaan?  Betapa buruknya IMEJ MALAYSIA HARI INI DIMATA DUNIA!  LEPAS ITU RAJA KITA MACAM TAK NAMPAK SEGALANYA BERLAKU DI DEPAN MATA!  BAGAIMANA RAKYAT DIZALIMI DITANGKAP DAN DIDENDA AKIBAT PKP PKPD PKPB PKPP! Sedanng Para VIP melanggar SOP seperti tidak kelihatan! Mana perginya Prinsip Rukun Negara kita?

Jika di INDONESIA mereka memanggilnya sebagai PANCASILA dan MALAYSIA pula menyebutnya sebagai RUKUN NEGARA.  Seperti PANCASILA, RUKUN NEGARA juga ada LIMA PERKARA...…..ANTARANYA:-




KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN



Memperlihatkan bahawa beragama itu merupakan sesuatu yang UTAMA sebagai membentuk manusia moga senintiasa berbuat baik, jujur dan saling hormat menghormati.  Jika di Malaysia Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara! namun agama-agama lain masih bebas boleh diamalkan oleh Rakyat Malaysia.  Itulah sepatutnya berlaku sekian lama!!! Namun akhir-akhir ini sejak PH Memerintah? AGAMA telah seperti menjadi permainan politik hingga tiada lagi rasa hormat terhadap Agama Rasmi Negara?

KEPRCAYAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA:

Sebagai menghormati Raja-Raja Melayu dan Juga Negara Malaysia, namun kini sejak PH Memerintah? Raja- Raja selalu dikaitkan dengan Agenda Politik hingga hilang rasa HORMAT.  Demikian juga halnya dengan BENDERA NEGARA MALAYSIA pelbagai gaya mereka mempergunakan BENDERA NEGARA seolah-olah mengejek dan hilang rasa hormat hingga dipasang TERBALIK dan DIPIJAK dan DIBAKAR dan BINTANG PECAH LIMA bukankah semua itu sudah tiada lagi rasa HORMAT???


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG:

Akhir-akhir ini UNDANG-UNDANG seperti tiada lagi berfungsi dengan ADIL apabila sering disalahguna dalam AGENDA POLITIK hingga memperlihatkan banyak kes hanya seperti dipandang sebelah mata? tanpa mendapat perhatian sekali gus bebas begitu sahaja, tanpa sebarang tindakan atau hukuman???

KELURUHAN PERLEMBAGAAN:


Perkara diatas juga akhir-akhir ini hanya seperti MELEPAS BATUK DITANGGA dimana mereka (pengamal politik) hanya tahu bercakap tapi tidak mengamalkannya dengan SERIUS hingga di DEWAN RAKYAT pun mereka berbahas tidak BERDISIPLIN?


KESOPANAN DAN KESUSILAN:

Hal ini semakin serius apabila hormat menghormati antara agama dan kaum semakin menipis dikalangan Rakyat Malaysia hingga saling tuduh menuduh menggunakan perkataan RASIS??
Sikap saling menghormati antara satu dengan yang lain sering menjadi gurau senda hingga mampu mencetus rasa kurang senang apabila ada kaum-kaum tertentu cuba menghina kaum lain??? Maka hilanglah rasa dan perasaan perpaduan yang selama ini menjadikan Negara Malaysia sebagai CONTOH!!! kepada Negara lain yang hidup dalam HARMONI dan AMAN DAMAI.

1 ulasan: