Mereka sekejap bilang jerebu akan hilang, lalu sekejap lagi tiba-tiba jadi tebal, tanya pada mereka, apakah ilmu yang mereka ada untuk menghilangkan semua itu berlaku, sedang ANGIN itu dibawa perintah Allah. Namun jika Allah berkehendak hanya sekelip mata ianya (yakni jerebu) itu akan hilang. Adakah mereka berfikir, kenapa perkara itu berlaku, selain menyalahkan perbuatan mereka sendiri (yakni angkara manusia)."
"memang pun BENAR, segala malapetaka berlaku di atas muka bumi ini, adalah angkara perbuatan
manusia. Lihat pergolakan di BUMI ARAB, lihat banjir dimana-mana, kenapa itu terjadi (yakni
kerana manusia terlalu rakus membangunkan dunia ini tanpa pengurusan yang semporna). demikianlah Allah menduga akal mereka, supaya mereka bisa berfikir."
"mereka berpuak-puak untuk mendapatkan kuasa, lalu mereka tuduh-menuduh, umpat mengumpat,
fitnah memfitnah, tiadkkah mereka itu kerosakan hati (yakni hilang akal untuk berfikir). sedangkan
bilamana mereka berkuasa, lalu mereka lebih banyak mungkir janji."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan