Isnin, 1 Februari 2016

FIRMAN KEMURKAAN........(AYAT 96 PERINGATAN)

"Apabila mereka masih lalai menguruskan BUMI ALLAH, bahkan lebih berat lagi petunjuk
ALLAH akan turunkan kepada mereka agar mereka PUAS."


"Ceritakan pada mereka tentang KHIDIR, bahkan mereka sedikitpun tidak mengetahui, maka
jangan lah lagi hidangkan mereka cerita yajuj dan majuj, lantaran diri mereka sendiri belum
terurus dengan semporna menghadapi yajuj dan majuj."

"Bahkan Nabi Musa juga mereka masih belum jelas akan hubung kaitnya dengan KHIDIR,
bagaimana bila Engkau ceritakan pada mereka tentang Illyas bertemu KHIDIR."

"Lalu mereka tanya tentang Al-Mahdi, Dajjal dan ISA, semuanya mereka mahu tahu, sedangkan
mereka dalam kelalaian, tanya mereka adakah mereka sudah bersedia dengan AZAB yang lebih 
BESAR (yakni membuat mereka rasa kehausan dan keletihan, bahkan ketakutan) jika mereka
mahu tahu semuanya."

"Semua RAHSIA itu ada pada ENGKAU, namun Engkau terpelihara disisi Allah unttuk menyimpan semua RAHSIA itu, kerana Engkau bukan seperti mereka (yakni tamak berkuasa,
angkuh dan lupa diri(yakni asal usul mereka) bagaimana bapa-napa mereka dahulu) yang gila
keseronokan dunia.  Mereka membesarkan dunia lebih dari membesarkan Penciptanya (yakni ALLAH) yang menjadikan dunia itu selamat bagi mereka diami, lalu mereka lupa, jika ALLAH
murka, hanya dengan sekelip mata DUNIA ITU HANCUR."

"Adakah ayat-ayat Allah dalam Al-Quran itu hanya untuk dibaca dan pertandingkan (yakni siapa
yang elok bacaan) sedang amalan diabaikan.  Lalu mereka dapat keuntungan untuk diri mereka
menjual ayat-ayat Allah, sepertimana mereka menjual sayur dan ikan dipasar.  Diletak depan pintu dan dinding rumah jadi perhiasan.  Adakah sama seperti itu pada ZAMAN RASULLAH (yakni menyimpan AYAT-AYAT ALLAH lebih BESAR dari nyawa sendiri) ayat-ayat Allah dijajah untuk mendapat keuntungan.  Bahkan Rasullah menghabiskan Harta ISTERInya demi kemakmuran ISLAM. Betapa IKHLASnya KHATIJAH kepada MUHAMAD dan ALLAH.  Adakah sesiapa diantara mereka sanggup berbuat demikian."

"Engkau Allah cipta bukan menyampaikan WAHYU atau Menjadi NABI dikalangan manusia,
tetapi Allah mencipta Engkau bagi memberi peringatan, tentang WAHYU ALLAH didalam Kitab
Al-Quran yang disampaikan oleh JIBRIL kepada MUHAMAD. Lalu Engkau Allah beri IHLAM
melalui pacaindera GHAIB yang boleh menampakan Engkau segala yang GHAIB atas izin ALLAH".  Katakan pada sesiapa sahaja yang menentang kehendak (yakni kelebihan yang Engkau miliki) Allah, bahkan Allah akan tambahi lagi  (yakni jika ada kekurangan bagi  diri ENGKAU) dengan lebih baik".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan