Rabu, 10 Februari 2016

UNDANG-UNDANG dan DOSA

Apakah Undang-Undang dan apakah Makna DOSA?  Kedua-duanya perlu diketahui dengan JELAS.  Memandu tanpa LESEN juga dikira BERDOSA!  Apa lagi Mengerjakan MUNGKAR! INGAT!!!

 

Apabila pengetahuan mengenai dua perkara di atas jarang diambil BERAT oleh manusia, maka
terjadi lah malapetaka.  Bukan sekali dua, malah mengikut rekod, Malaysia adalah antara Negara
di Dunia yang menduduki carta terburuk KEMALANGAN JALAN RAYA. paling banyak.

Mengapa perkara ini berlaku dan kerap terjadi setiap hari......?  Sebabnya amat mudah, kerana bilamana manusia melanggar Undang-Undang Jalan Raya, kononya bukan DOSA.  Pada KU, atas
apa yang diILHAMkan, selagi undang-undang itu berpaksikan kepentingan AWAM (yakni manusia
dan kehidupan), maka sesiapa sahaja yang melanggarnya hukumnya BERDOSA.

Misalkan, akibat kecuaian seorang yang tidak mengikut undang-undang, membuatkan ramai orang lain terkandas, lalu segala urusan tertangguh.  Lebih parah lagi jika terjadinya keMATIan.  Demikian
juga kesimpulanya dalam semua undang-undang lain yang melibatkan kepentingan Awam, melanggarnya adalah hukumnya BERDOSA.

Bukan niat mencampuri URUSAN Pihak berkuasa atau Mahkamah, tapi mengelakan malapetaka
melanggar undang-undang ini telah begitu serius akhir-akhir ini, termasuklah Akta Rahsia Resmi,
hingga boleh mencetuskan ketidak setabilan kehidupan rakyat jelata.  Sebab bagi pendapat mereka
ianya bukan satu DOSA.......yang dianggap BERDOSA itu apabila melanggar perintah dan hukum
ALLAH sahaja.  Dunia hari ini, berhadapan dengan pelanggaran undang-undang yang CUKUP SERIUS, termasuk dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).  Maka ini adalah SATU MASALAH BESAR PADA DUNIA jika tidak dapat dibendung dengan bijaksana.

"sampaikan kepada mauusia, apakah mereka kenal dengan DOSA, selain mereka semangkin berani melanggar Undang-Undang yang mereka cipta sendiri,  bukankah undang-undang itu serupa suatu "PERJANJIAN", maka berkata Allah sesiapa yang mungkir pada janji tetap hukumnya BERDOSA".  Maka detik ini setiap seorang manusia tak sedar bahawa mereka melakukan "DOSA" saban hari (Contoh menyalah gunakan masa kerja dengan urusan peribadi atau berbohong melalui penyebaran maklumat INTERNET yang tidak SAHIH ? atau mendengar hanya cuma Suara Pemmpin yang Penipu (berucap menyampaikan pelbagai habuan untuk rakyat, padahal hanya mahu merayai sokongan, pantas berlakulah sifat "BERSUBAHAT")".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan