Ahad, 14 Februari 2016

Sayang seribu kali sayang.

Tarikh Papan surung papan
buah delima dimakan kera
Jangan cakap bilang sepadan
Bahasa Sabah, bukan Bahasa Malaysia

Sabah Negeri dibawah Bayu
dipanggil juga Malaysia Timur
Kalau bunga sudah nak layu
jangan diganggu nanti gugur


Sayang seribu kali sayang
sayang sekali sudah nak benci
tidak kan sama pipit dan engang
begitu juga NEGARA dan NEGERI

Bukan manusia jika berekor
bukan juga Haiwan tiada berekor
begitu banyak alat pengukur
badan sendiri tak pernah diukur

Sayang padi banyak berhampa
nasi dimakan terasa bubur
terlajak perahu bisa di duga
terlajak kata segala impian bisa menjadi hancur

Kerbau dipegang pada tali
Manusai dipegang pada janji
hidup bersama tiada bererti
jika saling benci-membenci

Malaysia merupakan NEGARA majmuk
hidup didalamNya pelbagai suku kaum
Jika hati sudah merajuk dan remuk
Hanya IMAN bisa BERKUNTUM

Sayang sekali sayang
yang dikandong berciciran
yang dikejar habis terbang
lalu perjuangan hanya tinggal sebagai ingatan
juga kenang-kenagnan,,,,,,,,hilang segala impian
hanya nasib tunggu terkorban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan