AWRAH (Aurat) - The parts of the body that should be kept covered
HAYA - Natural or inherent shyness and a sense of modesty
HIJAB - The word HIJAB holds several different meanings, including conceal, hide and screen. It
commonly refers to a woman`s headscarf and in broader terms to modest clothing and
behaviour
Kenyataan diatas merupakan satu Kempen Cantik Di Mata 2016 oleh Malaysian`s On Covering Aurat (MOCA) dengan kerjasama SALAM FM, JAKIM dan Islamic Malaysia AID, secara kebetulan
terserampak dengan anak-anak gadis memakai HIJAB menghadiahkan setangkai bunga Telor dengan
tiga Buah Buku Agama, kepada AKU. Alhamdulliah satu pendekatan yang amat baik dalam menterjemahkan hari Valentine yang diraikan begitu simbolik secara tidak berniat meraikan Valentine`s Day, sebaliknya mengambil kesempatan atas kehadiran begitu ramai pengunjung yang
datang bersantai di Taman Awam Telok Likas.
Mereka pun mengambil gambar kenangan bersama, namun Aku meletakan Syarat agar jangan nanti
gambar itu menjadi sesuatu yang tidak baik jadinya. Aku sangat kagum dengan MOCA dan mengatakan sokongan kepada mereka, malah bersedia menghulurkan bantuan andai diperlukan.
Aku hanya berasa kesal, bilamana dapat bertemu dengan ramai pengunjung........yang sebenarnya tidak terdedah dengan pelbagai maklumat yang sonsang. Maka bilamana Aku bertanya dengan
masalah dihadapi dunia hari ini......rata-rata menjawab kurang pasti dan tidak tahu. Jika maklumat
ini tidak diketahui oleh mereka......maka mudah lah bagi mereka terjebak, jika ada pihak yang cuba
mengambil kesempatan memutar-belitkan FAKTA,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan