Masih ada satu bungkusan kecil Aku belum tahu akan isinya. Sesampai dikereta, sebelum memandu
pulang, Aku membukanya. Sepasang Stokin panjang milik perempuan. Aku amat terharu, kerana
Aku tiadak pernah membelinya untuk anak dan isteri ku selama ini. Itu adalah antara hadiah yang Aku terima dari anak-anak gadis itu (MOCA).
Tadi Aku hampir rasa terkilan, namun Aku menganggapnya UJIAN ALLAH, lalu Aku memuji mereka kerana menjadi anak-anak gadis yang berani (Lingkungan usia mereka antara 15 hingga
18 tahun). Sebenarnya Aku hanya singgah menenangkan fikiran di Taman Awam Telok Likas, namun melihat kehadiran mereka yang begitu ramai memakai HIJAB di tepi sebuah pantai, yang beluim pernah Aku temui selama UMUR KU. Membuat Aku terpanggil keluar dari kereta tanpa menyedari apa ynag Aku pakai ketika itu. Ketika anak-anak gadis ini menghulur hadiah, mereka
memohon izin kepada Ku mengatakan sesuatu. Aku izinkan.
"Pacik jangan marah ya, lelaki selalu cuai tentang Aurat" Aku hanya diam.
"termasuk pacik: sambong salah seorang dari mereka.
"Pacik sedar tak lengan tangan baju pakcik itu menampakan Aurat" Aku tidak membantah menerimanya dengan penuh mesra. Walaupun Aku punya alasan, namun alasan Ku itu tetap salah.
Sesampai dirumah Aku disambut oleh dua orang anak perempuan Ku
"Abah pegi mana jua ni, dah mahu masuk Solat Zohor, baru pulang". Aku tidak menjawab, lalu
menghulur apa yang Aku bawah. "mana Abah dapat semua ini".........."tadi dalam perjalanan pulang
Abah singgah dekat pantai" Aku tak cakap banyak lalu meluruh ke dapur mendapatkan segelas Air
putih. Apa yang membuat Aku jadi geram apa bila anak-anak Ku bergaduh mendapatkan hanya sepasang sarung kaki. "hai, beli saja lah, apa nak gaduh-gaduh." Anak perempuan Ku yang bongsu
menjawab. "abah tahu tak. Benda yang kita beli itu biar macam mana mahal pun, tidak bernilai, berbanding dengan hadiah dari orang biar pun murah harganya." Maksud murah itu bukan sarung kaki tadi tapi nilai HADIAH itu membuat ianya MAHAL. "itulah Abah, tiadk pandai menghargai
pemberian orang." Kena lagi kali kedua, hanya status seorang anak, bisa membuat Aku mengeluh
sedalam-dalamnya.
Begitulah hari ini Aku benar-benar diUJI tanpa diduga....? Namun Aku bersyukur mudah-mudahan
semua yang berlaku ada HEKMAHnya. Syabas MOCA, membawa pengalaman yang begitu INDAH
dalam sejarah hidup Ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan