Rabu, 10 Februari 2016

KERINDUAN RASULLAH..........pada Umatnya akan datang (Hari Ini)

Kenapa Allah menguji Aku dengan pelbagai dugaan......?
Kenapa Allah mengoncang Iman Ku dengan bermacam-macam cabaran.......?
Kenapa Allah memberi Aku Sifat Kasih dan Sayang yang begitu kuat, hingga Aku tidak merasa
tenang disiang hari, dan tak lena tidur diwaktu malam.....?
Allah juga telah menduga dan menguji Aku dengan mengambil mereka yang amat Aku sayangi, meninggal Aku buat selama-lamanya.  Namun biar pun,  Aku kehilangan mereka, kerinduan Ku bisa
datang dan pergi.  Jesteru Aku tidak merasa akan kehilangan mereka.  Tapi kehilangan teman-teman , seperti Aku kehilangan sesuatu yang tidak pernah Ku temui.  Kerinduan Ku begitu ketara, hingga
membuat Allah turunkan IHLAM di suatu Sudut Waktu Solat Tahajud.............berbunyi............

"Allah memberikan kepada Engkau bayangan rasa KERINDUAN RASULLAH kepada umatnya
sehingga disaat-saat akhir umur Baginda.  Apa yang Engkau rasa hari ini hanya sedikit (yakni sebahagian kecil rasa KERINDUAN RASULLAH), bagaimana pula jika Engkau diberi sepenuhnya bagaimana Rasullah meRINDUI UMATNYA.  Maka tidak lah Engkau terdaya
menahan akan NYA (yakni Rasa Kerinduan Rasullah), lalu Engkau bisa jadi binggung dan terus
lemah (yakni tidak berdaya sama sekali) meneruskan perjuangan Mu."

"Ingatlah. sesungguhnya Kerinduan Rasullah itu, adalah kerana Rasullah merasa berat hati, meninggalkan Umat Baginda untuk bagaimana pula nantinya bilamana Baginda tiada lagi bersama mereka menghadapi dunia akan datang (yakni, Rasullah telahpun diberikan bayangan
oleh Allah akan Umat Baginda setelah baginda Wafat) yang sedang berlaku ketika ini."

"Lalu sedikit Kerinduan yang Engkau ada saat ini hanya sebagai Misalan (yakni, betapa seksanya
Engkau rasa bilamana Engkau melihat akan Umat Baginda pada ketika ini) bahawa betapa apa
yang dibayangkan oleh Allah kepada Baginda telah mula terjadi."

"Jika Engkau merasa betapa sakitnya seluruh jiwa Mu dengan apa yang berlaku, tidak lah sesakit
penderitaan yang dialami oleh mereka (yakni yang dizalimi oleh kuasa dunia, hingga segala hak
mereka dirampas, lalu mereka jadi MUSAFIR( yakni mencari SUAKA) teraniayah(yakni terpaksa
berbuat apa sahaja demi untuk meneruskan kehidupan) dan terumbang-ambing hingga sanggup
berhadapan dengan maut (yakni kelaparan dan kehausan) secara terpaksa."

"hari lebih kurang 1 tahun 10 hari selepas IHLAM ini Allah turunkan,  ternyata Umat Islam seperti bukan sahaja teraniayah, malah berbunuh=bunuhan sesama sendiri, malah yang paling menyedihkan, adalah anak-anak yang tidak berdosa"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan