Ahad, 14 Februari 2016

JANGAN MENGHARAP tapi BERJUANG mengikut kemampuan SENDIRI.

Bagaimana Asal-Usul (Keturunan) sering menjadi keutamaan menilai diri seorang.  Biar "BODOH" jika berketurunan Bangsawan (Raja) tetap dipandang tinggi? Biar pakai baju murahan (jenama palsu), jika Status Orang Berada, orang akan melihat pakaiannya mahal (original).  Biar pakaian (Original) jika status orang bawahan, akan tetap dicuragai  jenama palsu. (gambar hanya sebagai HIASAN!


Sekali pun tinggal di AMERICA, Penuntut keluaran Univerisiti Oxford, andai Bangsa Orang Asli, maka itulah STATUS yang mutlak yang harus diterima.  Sekali pun  Warga AMERICA sedang Asal
Usul orang desa yang merantau, itulah STATUS yang harus diakui.  Dimana Asal Usul, disitu lah
kedudukan awal, sebab itulah kelahiran.

Lalu jika bijakmana pun keistemewaan yang dimiliki, tetap STATUS asal usul itulah di ambil
penilaian siapa diri. Jesteru jangan sama sekali mengharap akan jadi Bangsawan, biar pun BODOH
dan Tiada Berakal, STATUSnya tetap Bangsawan,  Jika diri Asal anak Desa, biar ilmu mengatasi
Ilmu Bangsawan, status tetap "orang kampong" tidak akan jadi Bangsawan.  Biar wang dan harta melimpah ruah jika bukan taraf orang KENAMAAN jangan mengharap akan ada NAMA.....Biar pun
papa tanpa wang. jika STATUS oarng KENAMAAN tetap juga ada NAMA.

Manusia memandang asal dan usul, sejarah telah menceritakan awal-awal lagi......Orang yang gagah
perkasa seperti HERCULES hanya menjadi hamba dan mangsa menentang musuh, yang tersenyum
indah dan hidup bahagia adalah Raja yang hanya makan minum bercerita mengumpul sebanyak mungkin HARTA dan EMAS yang diperolehi dari Rakyat yang penuh PENDERITAAN mengali bumi mencari EMAS, sedang sebutir Emas pun tidak punya, yang memiliki semua itu adalah
Raja yang berkuasa.  Cerita zaman purba......tetap sama dengan cerita zaman ini, cuma perlaksanaanya banyak perbedzaan.

Sebab itu jika pada Zaman Rasullah, begitu payah menerima Baginda sebagai Nabi dan Rasul Allah,
sebab STATUS nya hanya sebagai Gembala Kambing dan menumnpang kasih kekayaan Siti Khatijah lalu menjadi ISTERI Baginda, sekali pun perbedzaan Usia yang begitu ketara.  Bagaimana
Rasullah sepanjang perjuangan Baginda sering dihina dan diancam bunuh, sebab setiap oarng Arab yang kaya dan berSTATUS tidak mahu menerima Rasullah, akan menjadi penghalang segala impian
mereka yang tamak halobah.

Jesteru janganlah terlalu mengharap, tapi berjuanglah mengikut kemampuan sendiri, setidak-tidaknya
Allah juga yang menentukan segalanya.............PASRAHLAH kepada ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan