Pernah dalam blog ini Aku tulis mengenai BUKIT LEMAS, di TELOK SULAMAN. Bukit lLemas mempunyai Penunggu berketurunan dari Pahlawan Terkenal Negeri Sabah....MAT SALLEH....yang dipanggil Raja Muhammad. Pada masa yang sama Gunung Kinabalu juga mempunyai penunggu, juga daripada keturunan Mat Salleh. Mat Salleh mempunyai ramai cucu-cicit yang maasih hidup
AKTIF di bumi Sabah, termasuk Datu Amir Kahar. Mereka ini gabungan bangsa kesulatanan SULUK. Sebab itu pada suatu ketika dahulu, hampir TUN Mustapha mengisytiharkan dirinya jadi Sultan di Sabah. Namun TUN M, menasihati TUN Mustapha agar berfikir panjang dan jangan membuat seluruh Rakyat Negeri Sabah dalam DELIMA. Hingga TUN Mustapha dilantikan menjadi Menteri Pertahanan, namun TUN Mustapha menolak, lalu, TUN Mustapha dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.
Berbalik kepada Penunggu BUKIT LEMAS, mengikuti cerita nenek moyang. Suatu hari kelak penunggu BUKIT ini akn naik MURKA bersama Abangnya sebagai Penunggu Gunung Kinabalu, apa bila pada ssat itu mereka tidak lagi TENTERAM dengan perangai MANUSIA. Gunung Kinabalu sudah pun berlaku keMURKAan Abang Raja Muhammad, lalu Raja Muhammad pula telah pun menunjukan JELMAANYA pada Pelanggaran BOT di Sungai Serusop.
Seluruh Pantai Timur SABAH adalah dibawah Naungan Raja Muhamad, termasuk Pantai Barat hingga ke Utara. Sementara sebelah Selatan dan sebahagian sebelah Timur dibawah Naungan Abang Raja Muhammad. Kini Allah izinkan Aku menyebut nama Abang Raja Muhammad iaitu (Raja NAGA BATU PANJI ALAM) yang bermaksud......Jika GUNUNG KINABALU itu RUNTUH akan hancur seluruh ALAM.
Raja NAGA BATU PANJI ALAM dibesarkan oleh kAUM DUSUN, sementara Raja Muhammad dibesarkan oleh KAUM BAJAU (SAMA). Mereka terpisah, bilamana pada waktu itu keadaan Geografi Negeri Sabah amat terlalu sukar membuat pergerakan. Lalu Mat Salleh, memisahan kedua-duanya demi keselamatan. Raja Muhammad dipelihara oleh Abu Talib dari keturunan BAJAU/ARAB. Manakalah Raja NAGA PANJI ALAM dipelihara oleh Moyang kepada Datuk Joseph Pairin Ketingabn. Lalu pada usia lima belas tahun, kedua-duanya GHAIB. Bagi Kaum Bajau, menganggap bahawa Raja Muhammad diangkat menjadi WALI ALLAH.
Jesteru itu, sebagai adik Raja Muhammad diizinkan oleh Raja Naga Panji Alam, membuat keputusan
sebagai memulakan segela keMURKAan jika, tiba masanya kelak.........sila abaikan jika tidak perlu.
(mungkin bersambong jika ada izin ALLAH).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan