Alhamdullilah.......Solat Asar tertunai sudah....hamba datang membawa cerita dahulukala,. Kononya
Nabi Sulaiman ini cukup hebat, dahlah bisa berbicara dengan haiwan termasuk semut yang kecil, yang sering jadi mangsa manusia hari ini, .."..apalah semut ini, kacau...." lalu dibunuh. Namun Nabi
Sulaiman tak sanggup buat begitu dengan semut, kerana semut, satu-satunya lambang kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dan bermasyarakat. Lalu Nabi Sulaiman memerintah para JIN
membina ISTANA untuk SEMUT......kerana Nabi Sulaiman takuti, suatu hari nanti, semua spesis
semut akan hilang didunia akibat angkara manusia. JIN amat marah. Namun pada masa yang sama
JIN amat takut dengan Nabi Sulaiman,
Maka para JIN tadi berusaha siang dan malam membina ISTANA untuk semut, sambil diperhatikan
oleh Nabi Sulaiman. Para JIN tersangat hairan.....kenapa Nabi Sulaiman tidak lari dari tempat duduknya selama mana JIN berkerja siang dan malam....lalu seekor JIN tanya kawamya.." Tengok
Sulaiman......hairanlah.....dia tak tidurkah.....? "jangan pandang sana, nanti habis kau." tegur yang
lain. Lalu para JIN terus berkerja hinggalah segalanya siap dan sempurna. Lalu mereka (Jin)
menghadap Nabi Sulaiman, memberi tahu yang ISTANA SEMUT sudah siap. Nabi Sulaiman
tidak menjawab. Lalu mereka mendekati Nabi Sulaiman, mata Nabi Sulaiman tertutup. "mungkin
dia tidur,,," "yakah" sampok kawanya. "cuba kamu goyang.." Sulaiman rebah. Nampaknya Nabi
Sulaiman dah wafat.....entah bila para JIN tak tahu. Begitulah takutnya JIN pada Nabi Sulaiman
Cerita Dongeng Nabi Sulaiman dengan Semut, bagaimana pula cerita semut dengan manusia.......
hamba fikir.....budak-budak lebih arif dengan cerita-cerita sebegini. Sebab itu budak-budak lebih
penyayang dari orang tua...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan