Khamis, 10 September 2015

TAHAF PERTAMA tentang ilmu manusia.....

Tahun 2020 tiada siapapun menyedari....bahawa pada tahun 2020 adalah kemuncak ILMU Manusia
yang dipanggil ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI.  Pada tahun 2020 Ilmu Sains telah membelah
Angkasa lepas yang didokong oleh NASA hampir kepada 80%......dan hasilnya dibumi meningkat
kepada kadar peratus yang sama......lalu mangsanya adalah ketidak seimbang budaya sejagat tamadun
manusia itu sendiri.......lalu semuanya hanya sebagai satu kemusnahan tapi bukan satu kejayaan.

Anak-anak muda dengan gaya fikiran yang cukup tinggi.hasil pencapaian Ilmu Sains telah
menjadikan anak-anak muda berfikiran seperti ROBOT (luar biasa)....lalu bila menyentuh tentang
ROBOT sudah past tidak menggunakan AKAL.....namun ROBOT adalah ciptaan manusia.......yang
manusia tidak sedar akan menjadi musuh manusia itu sendiri.  ROBOT berfungsi pada kawalan, namun apabila terjadi diluar kawalan, ROBOT akan memakan tuanya.

Pada tahun 2020 adalah kemuncak ilmu manusia......ini bermakna ilmu manusia telah mendapati
dan menemui pelbagai teknik baru atau rahsia ciptaan Allah.  Hasilnya ketinggian ilmu manusia
itu tidak diwakili dengan ilmu ketuhanan (AGAMA)......lalu pengamal Ilmu ketuhanan tersisih dan
diabaikan.,,,,tak kira apa Agama sekalipun.  Manusia bertindak liar berdasarkan ILMU dan lupa
tentang AGAMA......sebabnya ILMU MANUSIA sejagat telah sampai ke puncak.  Manusia lebih
sangat percaya kepada TEKNOLOGI ciptaan manusia itu sendiri daripada segala ciptaan semulajadi
ALLAH......dimana Manusia lupa bahawa Allah lah yang mencipta manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan