namun hamba kurang senang dengan hanya satu soalan sahaja yang mereka tanya......hamba
masih belum buat atau memberi jawapan. Soalan mereka........
"kami nak tanya awak.......teruskan atau tidak......?" Gambar hanya HIASAN tiada kena mengena dengan jalan cerita....
....Hamba sedikit terkilan.
Biarpun semalam hamba tenang sepanjang malam. Namun hamba mengambil kesempatan bangun
jam 2,00 pagi menunaikan Solat Sunat Istikharah. Rumusan yang hamba dapat selepas menunaikan
Solat subuh.....agak kurang selesa. Dibawah ini bacalah cetusan hati hamba
Blog hamba hanya pada 21 Oktober nanti genap setahun. Pada tarikh itu hamba telah maklumkan
terlebih dahulu, bahawa segalanya akan terjawab pada bulan Oktober, selepas Hari Raya Korban.
Namun ada tanda-tanda yang kurang baik,,,,,walaupun ratusanya kecil, tapi mempunyai KUASA
yang cukup tinggi. Hamba hanya mampu berdoa. Selebihnya terserah pada ALLAH.
Sahabatku.......pada mulanya hamba mengatakan "DOA dan Pengorbanan" lalu baru-baru ini,
hamba membawa epsiod baru, dalam Perjuangan ada Pengorbanan. Hamba telah banyak melaluinya,
namun kemuncak kegelisahan hamba......mula terasa kini. Teruskan atau Tidak.......?
"Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, pantas mengapa diantara kita seolah-olah tiada rasa kasih dan sayang. Hidup penuh dengan gelombang, bahkan setiap ombak melanda kehidupan setiap detik hati akan senintasa terguris. GELISAH atawa RISAU."
GELISAH:
bak Donald Trump dengan Tembok Mexico
bak Theresa Maya dengan Brexit
bak Mahathir melebar sayap BERSATU ke Sabah
dek umpama Shafie Apdal kerisauan hal WARISAN
demikian aku dengan mu
gelisah setiap detik
nak maju namun tak nak mundur
maju beranjau mundur tak mungkin
dek namamu telah terpahat
dalam hati sedalam kalbu
pada kalbu tersirat di sanubari
batin merintih, rohani menjerit
namamu, namamu dan namamu......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan