Rabu, 18 Julai 2018

BULAN ZULKAEDAH

Khabarkan kepada manusia dan dunia, tidakkah manusia (umat Islam tahu) bahawa Bulan Zulkaedah itu adalah bulan HARAM.  Bulan HARAM adalah bulan yang amat dimuliakan, bulan HARAM adalah bulan PERSAUDARAAN, PERDAMAIAN DAN BERMAAFAN.  Pada bulan HARAM, umat ISLAM hendaklah lebih menghormati bulan-bulan HARAM (4 bulan haram dalam Islam).


Eratkan Siratulrahim bagi yang bermusuh, dan damaikanlah bagi mereka yang berdendam.


Demikian perintah Allah menghantar akan Kami kembali hari ini, setelah melihat apa yang sedang berlaku dimana-mana di Negera Islam termasuk Malaysia.  Persidangan Dewan Negara menampakkan Umat Islam yang memimpin Umat Islam Malaysia tidak menghormati BULAN Zulkaedah (HARAM), sehingga mereka membuat kecoh dalam Dewan Nagara.  Dan rata-rata pemimpin ini beragama ISLAM.

Maka Allah telah dengan jelas mengatakan apakah Bulan Zulkaedah pada perenggan pertama.  Maka kami melihat suasana Dewan Negara seumpama Gelanggang DENDAM dan Kacau Bilau.  Sebermula hari pertama hingga masuk hari ketiga.  Ini kah contoh yang kamu tunjukkan kepada DUNIA dan Rakyat Malaysia.

Bulan Zulkaedah adalah bulan PERMULAAN MUSIM HAJI.  Namun sebahagian Besar para Ulama mengatakan bahawa UMRAH adalah lebih AFDAL di BULAN ZULKAEDAH.  Apa pun kehadiran kami hanya sebahagian menyampaikan sesuatu yang PENTING setelah kami memberitahu mengenai 31 HAL sepanjang Bulan Julai hingga masuk Bulan Zulhijjah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan