Selasa, 24 Julai 2018

PERTANIAN DI NEGERI SABAH.

Mengikut Timbalan Perdana Menteri Pertama Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bahawa 50 ribu hektar diperuntukkan untuk tanaman padi di Sabah dan Sarawak perkara itu telah mendapat persetujuan dari Primer Sarawak, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah?


Apa yang KAMI dapati beberapa kawasan Sawah Padi Sabah di Daerah Kota Belud, Tuaran, Penampang dan Tuaran hari ini nyata banyak yang terbiar dari diusahakan.

Mari aku mula kan di Pendalaman Atas mengikut suku kaum:
TENOM"



merupakkan pengeluar buah-buahan tempatan terbesar di Sabah.  Seperti papaya, limau bali, jambu batu, jambu merah/hijau (sejenis jambu air) buah naga dan banyak lagi.  Pemilik ladang kebanyakkannya Bangsa China.  Pekerja Ladang Bangsa Timores Beragama Christian berasal dari Indonesia.
KENINGAU:
Pengeluar sayuran-sayuran tanah rendah, seperti sawi, kacang panjang, terong, timun dan belbagai lagi. Pemilik Ladang kebanyakkannya Bangsa China.  Pekerja Ladang berbangsa Tator beragama Christian, berasal dari Indonesia.  Pengeluar Tembakau terbesar. Pemilik Ladang orang Dusun dan pekerja ladang juga orang Dusun.  Beragama Christian dan Beragama Islam.
TAMBUNAN:
Pengeluar HALIA terbesar di Sabah.  Pemilik Ladang bercampur=baur antara Bangsa China dan Bangsa Dusun.  Pekerja ladang Bangsa Dusun dan bercampur baur dengan bangsa Indonesia  Namun kebanyakkan beragama Christian.
UTARA: (Kota Marudu)
Pengeluar Tembakau kedua terbesar,  Pemilik Ladang Bangsa Runggus/dusun.  Pekerja Ladang Bangsa Runggus/Dusun.  Beragama Christian.  Selain tembakau, Kota Marudu juga pengeluar Padi Bukit dan pemiliknya berbangsa Runggus/Dusun.
KUDAT:
Pengeluar Ikan Masin dan Ikan Bilis kedua terbesar selepas Sandakan.  Penguasa Berbangsa Ubian/Suluk.  Selain itu juga Kudat pengeluar Kelapa Tua terbesar di sabah.  Pemilik bercampur baur antara Bangsa Runggus/Dusun, China dan Bajau.
KOTA BELUD:
Dahulu kala pengeluar padi terbesar, namun kini sawah padi di Kota Belud, hampir PUPUS. penguashanya Bajau Samah  Kini Kota Belud antara pengeluar pelbagai hasi pertanian seperti Halia, Ubi Manis, Tembikai, Jagung Manis dan sayur-sayuran tanah rendah.  Namun kebanyakkan pengusahanya Bangsa Bugis dari Indonesia beragama Islam.

Demikian serba sedikit bagaimana pergerakkan HASIL PERTANIAN di Sabah hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan