Jumaat, 15 Mei 2015

Follow the Law......

"berat mata memandang.....berat lagi bahu memikul....."  Itulah pesan nenek padaku.  Jangan
selalu memandang serong penanggungan orang lain......hingga menganggapnya mudah.  Bah kata
nenek......"alangkah indahnya bila ada hati prihatin...".  Tiada siapa mahu dilahirkan ke dunia
seperti tiada tanah tumpahnya darah.  Namun bila terjadi di depan mata ambillah dia seperti berlaku
pada diri sendiri.  Apakah harus dibuat.  Padaku.......berjuang untuk hidup....jangan jadi KUFUR.......
seperti nenak pernah bilang......."Bumi ini milik ALLAH......pergilah engkau kemana sahaja engkau
mahu untuk meneruskan kehidupanmu........".  Itu benar nek.......tapi setiap Negara ada undang-undang.  Nenek ni buat macam Zaman Batu aja.......

Zaman dahulukala, hidup manusia penuh dengan peribahasa, sebagai message menyampaikan niat terpendam dihati......lalu setiap kali KHALIFAH mendengar SIARAN RADIO KALSIK, senintasa terdengar siaran ke udara mengenai belajar BAHASA, dan apa yang didengar, kebanyakkannya kesimpulan Bahasa......yang terbaru sebelum KHALIFAH masuk WAD ialah......AIRNYA JERNIH IKANNYA JINAK.

Maka KHALIFAH berpendapat, mengapa DBP akhir-akhir ini terlalu banyak mengeluarkan peribahasa......seperti manusia hari ini, telah SERIK diTEGUR,  Lalu SERIK itu pula mempunyai tiga maksud, satu daripada maksud SERIK ialah SERAK, maka SERAK pula mempunyai Empat maksud.

Demikian BAHASA ITU BERPUTAR-PUTAR diantara satu perkataan dengan perkataan lain. Jika mengikut Bahasa Kelantan SERAK itu bermaksud BAKUL diperbuat daripada mangkuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan