Para surirumah dan anak-anak gadis berduyun-duyun, dengan menyusuri lereng sebuah bukit untuk mendapatkan bekalan air bagi menyuci kain-baju dan mandi. Sementara sebatang paip yang membekalkan air ke kampong mereka, hanya sekadar mencukupi untuk bekalan minum dan masak, itupun mereka terpaksa berbaris panjang membawa gelan dan baldi.
Fenemona cuaca sekarang, memaksa penduduk kampong ini dalam serba kekurangan dan penderitaan. Kepadatan penduduk yang mencecah lebih 3,000 orang dengan 250 buah rumah, seperti
terabai (dibiarkan). Hingga kini mereka tidak pernah mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan, dan paling menyedihkan anak-anak mereka yang bersekolah. Mereka seperti berpesta untuk mendapatkan bekalan air, hanya itu sahaja cara mereka melupakan penderitaan yang mereka alami.
DIMANA BUMI KU PIJAK DISITULAH LANGITKU JUNJUNG.....sedih!!!!!!! dalam aku berbahagia ada pula orangku terseksa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan