Ahad, 10 Mei 2015

MANA NAK CARI BUDAK LAMA

Masih INGAT(AIR) tajuk sekitar bulan Oktober, 2014.  Cerita itu, ku kira cukup panjang pernah Allah turunkan IHLAM.  Namun banyak peristiwa selepas tajuk itu, memberikan penulis mesej yang cukup jelas. Nenek pernah bilang...."jangan pakai  pakaian terbalik, tak elok."  Aku buat gelak sambil berlari mendapatkan kawan-kawan.  "jahanam budak ni" dari jauh aku terdengar suara nenek.  Lalu aku jatuh tersungkur.  Daguku berdarah.  "masinnya kata-kata nenek".  Sebab itulah mengapa pada zaman itu budak-budak sangat menghormati kata orang-orang tua. Apakah maksud pakaian terbalik?

Nenek pernah bilang........."selepas nenek tiada.........semua akan jadi terbalik".  Demikianlah kata-kata nenek yang masih segar dalam memoriku. Dan hari ini nampak JELAS segalanya hampir terbalik.  Malah ramalan mengatakan Dunia terbalik akan berlaku tahun 2050. Bagaimana pula dengan Negara Malaysia

Namun Ihlam Allah mengatakan pada tahun 2030 sebaik setelah berlakunya PRU Negeri Sabah (antara 2024 atau 2025)Malaysia sebelum tenggelam akan menjadi Negara Kacau Bilau.

Malah antara 2024 atau 2025 sebelum atau setelah PRU Negeri Sabah Dunia pula dalam keadaan HURU-HARA Maha Dahsyat. Demikian kata Budak Lama, cucu seorang nenek tua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan