Terasa gementar dengan GEGARAN dalam hati ini...............apabila mempunyai wajah baru
yang bercorak lama. Biarlah GEGARAN itu cuma perasaan. Moga segalanya akan berhasil
menjadi satu perubahan (kearah kebaikan dan keinsafan) Sejarah mengajar kita menjadi dewasa,
bukan kedewasaan yang menjadikan kita BERsejarah. Bah kata orang lama, tanpa perjuangan kami
jangan harap kamu dapat menghirup keindahan hari ini. Namun mengapa kita lupa pada mereka, dengan hanya menjadikan mereka bahan sejarah, bukan semangat berjuang. Mereka dijajah, tanpa
tidak sedar kita juga turut dijajah (cuma penjajahan kita lebih mewah ......bukan terseksa)..............
KASIHAN. Telah ramai tokoh-trokoh kita tumbang, tanpa ada pembelanya.
Keberanian mereka hanya tinggal sejarah, yang diagung-agungkan melalu cerita (jangan marah
jika hamba kata KARUT), kerana perjuangan mereka sedikit pun tidak mengalir dalam darah
daging kita. Kita berani dalam ertikata (mudah jadi lemah kerana dunia dan pangkat), namun mereka
biar ditetak atau diseret, mereka mampu bertahan hingga ketitisan darah terakhir. Dimana darah-darah itu mengalir sekarang. Pasti mungkin hanya ada pada generasi terakhir. Siapakah GENERASI
terakhir itu.........?
Adakah tanggal delapan Mei 2020 itu dikatakan 15 Ramadan 1441H akan ada SUARA KERAS kedengaran tanda-tanda akan akhir zaman? Dan Tajuk ini juga diIhlamkan Allah pada Tarikh yg sama iaitu delapan Mei, 2015 (lima tahun yang lalu) sebagai mengambarkan GENERASI TERAKHIR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan