Rabu, 22 Oktober 2014

GELOMBANG HIDUP (1)

IMAN.......adalah dua tunggak dalam kehidupan orang-orang beriman.....1 sabar.....2 syukur.  Dalam kontek pertama mungkin mampu dilaku jika kita mempunyai kekuatan dan ketahanan diri.  Namun dalam kontek kedua ia amat sukar kerana gelombang kehidupan hari ini penuh dengan kehendak zaman.  Setiap hari akan ada sahaja benda baru dalam jalur kehidupan yang memaksa kita memperolehnya atau merasanya.

Apabila perkara ini berlaku maka datang lah satu gelombang dalam hidup.  Adakah kita mampu berenang bersamanya atau hanyut dilanda gelombang.  Kerana ada gelombang yang paling besar iaitu propaganda...selain kesabaran dan kesyukuran.

PROPAGANDA......satu amalan yang sukar difahami atau dikesan.  Banyak orang termakannya lalu termuntah-muntah.  Banyak orang terjebak lalu sesat jalan.  Banyak orang melihatnya tapi tidak mampu melenyapkannya.  Adakah ini kehendak zaman atau kehendak manusia.  Jika ia kehendak zaman....adakah zaman ini zaman PROPAGANDA.....jika ia kehendak manusia....maka jadilah ia GELOMBANG HIDUP....yang harus kita tempuhi.

Angkara siapakah semua ini?.....kadangkala ramai orang cuba menuding jari padahal ianya bermula dalam dirinya sendiri tanpa disedari.  JANGAN AMBIL HATI  kalau kita tidak merasakanya.  Kita ada mata melihat...kita ada perasaan untuk merasa.

HAMBA berbicara lembut kerana hamba tidak mahu kekerasan.  JANGAN biarkan hamba bercakap keras kerana tuan hamba tidak mahu kekerasan.  TQ.....jumpa lagi dalam gelombang hidup kedua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan