Rabu, 4 Mei 2016

MELAYU BANYAK BUAT PEPATAH.........

Sebentar tadi 25/9/21 Sailila Subdullah Sailila menyentuh tentang SEJARAH dan FAKTA?



Kini segala PEPATAH itu berakhir dengan "MELUDAH KE LANGIT TERKENA MUKA SENDIRI....." MUKA ORANG MELAYU JUGA....bilamana tidak senang dengan bangsa lain yang telah MAJU.

INI bukan  UNGKITAN soal BANGSA.  Tapi satu DUNIA telah tahu bagaimana BANGSA MELAYU amat berBUDI TINGGI.  Malangnya, hari ni segalan-galanya Hampir MUSNAH.  Lagi satu........SATU MALAYSIA telah tahu apakah itu RAHMAN.  Ada hubungkaitnya kata mereka dengan PEMERINTAHAN NEGARA yang berakhir dengan NAJIB sebagai (N).  Maka tiada lagi RAHMAN, lalu tiada lagi RAHMAT.  HABIS.

Apa bila RAHMAT tiada berlaku perbelahan.  Hangat diperkata hanya TUN MAHATHIR.  Hingga lupa JASA TUN M selama 22 tahun menjadikan MALAYSIA MODERN.  Adanya LRT, Adanya Kereta Malaysia, Adanya Bangunan Pentadbiran NEGARA (Puterajaya) dan banyak lagi Aku tak suka sebut, nantinya Aku ini macam sokong pula TUN M..  Apa yang Aku nak sentuh disini ialah mengennang BUDI.  LONTARAN kata-kata kepada TUN M bagaikan tulang tercekik diLEHER.

Kalau nak TANYA orang SABAH lagi sangat BENCI dengan TUN M.  Sebab gara-gara TUN M, USNO jadi HARAM, lalu UMNO tertubuh di BUMI Sabah.  Sabah juga kehilangan Pulau Labuan,
TUN M juga membawa Malaysia Satu Waktu, yang sebelum ini berlainan WAKTU.  Yang sedikit pun tidak menguntungkan SABAH.  Namun kebencian itu tidak seperti yang ditunjukan oleh kebanyakan PEMIMPIN di Malaysia Barat.  Malaysia Barat ini macam ala BARAT sudah, tiada mengenang BUDI.  Malaysia Timur tetap dengan adat ketimuranNYA.

TUN M dah 90 tahun USIAnya.  Maaf jika terlanjur cakap.  Bilang orang sabah dah lali.  Ikut apa sangat, jika kamu tuh BETUL SANGAT. BIARKAN.  ALLAH yang menentukan segalanya.  Orang yang tak BUAT salah, ALLAH sentiasa bersamaNYA.  Tapi kalau kamu buat SALAH, sekali pun kamu berusaha memBETULkan dengan pelbagai HELAH, nantinya ALLAH juga yang akan turunkan AZAB pembalasan......Bukan TUN M.  Jadi berhenti perangai LUPA DIRI.......perbetulkan SAF sebagai satu Bangsa, Agama dan Negara. Jangan terlalu sangat BERPOLITIK.  Bilamana pembohongan kamu nanti sampai ke tahap MUNAFIK.  BALAnya pada NEGARA.  ALLAH turunkan AZAB.  Lalu kamu akan ditanya sebagai PEMIMPIN.....? Apa telah kamu buat pada AGAMA dan Saudara ISLAM kamu.....?  Kamu tahu apa yang kamu buat sebagai PEMIMPIN.  BETUL atau JUJUR atau JAHAT atau TIPU.......Rakyat tak tahu, yang tahu ALLAH.  Jangan gara-gara GILA DUNIA sampai tidak takut dengan ALLAH.  MATI ITU PASTI.  KUASA KAMU TIDAK PASTI.

Jadi INGAT sentiasa bagai mana NENEK MOYANG kita mencipta Peribahasa,,,,,,,,kadang kala harus juga berjaga-jaga.........ada BETULNYA>???.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan