Jumaat, 27 Mei 2016

TADAU KAAMATAN........dengan Rakyat Pribumi Sabah.

SABAH......dengan slogan Negeri dibawah BAYU, sangat sinonim dengan Pesta Kaamatan Atau juga dikenali dengan Pesta Menuai.  Namun pada hari ini.  Aku sebagai Rakyat Pribumi Negeri SABAH, sedikit terkilan:



PERTAMA:   Pesta Menuai hanya sekadar satu PESTA BUDAYA yang melambangkan TRADISI
Suku Bangsa Kadazan Dusun dan Murut, sekali pun PESTA MENUAI sangat BERMAKSUD lebih kepada PESTA MEMUJA atau Merayai Selepas berpenat lelah mengerjakan SAWAH PADI hingga mengeluarkan HASIL yang banyak.  Hakikat nya hari ini........Dimana Sawah Padi di BUMI SABAH hari ini.  PENAMPANG, TUARAN, KOTA BELUD.............macam dah tak nampak lagi.

KEDUA:  Para pemimpin Negeri Sabah hanya asyik merayai PESTA MENUAI atau TADAU KAAMATAN.......tapi lupa membangunkan MINAT ANAK-ANAK MUDA membangunkan semula BENDANG-BENDANG yang kini kering kontang dan ada yang TERBIAR atau menunggu masa untuk dibangunkan Menjadi Tapak Rumah atau PROJEK, yang tiada kena mengena dengan PADI.


KETIGA:  Mana hilangNYA, pergiNYA Martabat BANGSA kamu yang kamu kagumi selama ini, sedang, iaNYA hanya menunggu masa untuk PUPUS.  Sedang kamu masih makan NASI berlauk SAYUR LEMBIDING dan IKAN MASIN atau ULAM- ULAMAN tumbuhan Liar,,,,,,,yang ANAK-ANAK MUDA kamu tak larat makan, kecuali asyik-asyik pergi KFC atau PIZZA.  Untuk apa PESTA MENUAI itu..........jika KAMU (Para Pemimpin Negeri SABAH) hanya sekadar mencucui mata melihat anak-anak gadis kamu menjadi NGUDUK NGADAU.........sedang Sawah Bendang sudah HAMPIR TIADA.

KEEMPAT:  Jika mahu MODERN pun, jangan lah LUPA DIRI.......sedang bila nak kahwin pun ada juga masih mahu pakai BAJU TRADISI baharu SAH Majlis  Makanya bila terfikir nak banguankan tanah untuk TAPAK RUMAH, tinggalkan sedikit untuk SAWAH PADI.  Ini sanggup menganggur, sedang SAWAH PADI di tumbuhi LALANG.  Namuin yang paling BERSALAH dalam HAL INI ialah PARA PEMIMPIN SABAH.........yang tiada IDEA membangunkan SAWAH PADI diBUMI SABAH.  Apa tidak SISTEM TALIAIR pun tak semporna........ada yang tak berfungsi Langsung.
Jika KEADAAN ini terus-menerus terjadi............JANGAN ada lagi PESTA MENUAI..........jika MAKSUD ASALnya telah terpesong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan