Khamis, 5 Mei 2016

MENGAPA 24 JAM....?

Dalam KITAB lama yang Aku tengah membuat kajian sekarang ini, ada satu ayat berbunyi............
"baya ni elau engko songam, setemu, baru pan tetemu mu ein hajat nu".  Bermaksud........
tunggulah pertemuan antara siang dan malam, sebelum Engkau menemui jawapan (yakni niat yang Engkau cari).  Untuk menemuikan siang dan malam, harus mengambil masa 24 jam.

Makanya semalam pada saat Akhir, sebelum Aku masuk kamar tidur, tiba-tiba Aku terserampak seekor ULAR (entah datang dari mana) berada diatas KATIL.  Lalu Aku berkata pada ULAR tersebut......"jika engkau jelmaan petunjuk dari ALLAH, kembalilah engkau ke tempat asal mu"  tiba-tiba ULAR itu lenyap.  Aku pun segera mengambil wudhu.  Mendirikan SOLAT SUNAT ISTIKARAH dua rakaat.  Selasai SOLAT Aku cuba mencapai KITAB yang berada di atas sebuah meja di kamar tidur KU.  Dengan jelas terbaca satu ayat berbunyi......"Amun so alap, maka alap jadi ni, amun soo rahat maka rahat jadi ni, lebih rahat lagi amun paan entelo".  Bermaksud......ular yang baik, maka baiklah hasilnya, ular yang jahat maka jahatlah hasilnya, ular bertelur akan lebih jahat hasilnya.

Maka terjadi pelbagai peristiwa selama 24 jam serata dunia, dengan pelbagai HAL.  Sebagaimana Aku dapati dalam mimpi KU semalam, bahawa Aku berada pada sesutu tempat yang cukup terasing bagi diri KU.  Aku tak nak cerita apa berlaku di America, Kanada atau dimana-mana juga......yang Aku nak ceritakan malam ini dua HAL berlaku di BUMI Malaysia mengenai ULAR.

ULAR SAWAH.......semalam adalah speses ketiga ditemui dengan sedang mengeram 90 biji telur.  Pada saat yang sama ditenui juga seekor yang telah mati di jilat api.  Menurut apa yang AKU alami dalam mimpi dan merujuk kepada KITAB yang Aku cuba kaji sepanjang hari siang tadi...bermaksud
akan berlaku selama 90 hari (setiap hari) sesuatu pada dunia (dimana-mana sahaja) yang memberi petunjuk perkara-perkara untuk manusia PERLU AMBIL SEBAGAI SATU PERINGATAN (yakni Petunjuk).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan